Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan SAM Selangor 2026 E Sekolah JAIS (Tingkatan 1)

Permohonan SAM Selangor 2026 Online. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu (1) Sekolah Agama Menengah/ Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAM/SAMT), Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) Negeri Selangor tahun 2026 akan dibuka secara atas talian bermula dari tarikh RASMI 6 Oktober 2025 sehingga 6 Disember 2025. Untuk makluman, pengambilan pada tahun 2025 adalah bermula dari 01 November 2024 hingga 27 Disember 2024.

Ibubapa/penjaga yang berminat untuk memohon kemasukan anak ke Tingkatan Satu (1) boleh mengisi permohonan pada pautan https://esekolah.jais.gov.my dan melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki. Kegagalan pemohon untuk mengisi maklumat dan menghantar permohonan selepas tarikh tamat adalah tidak akan dilayan dan keputusan adalah muktamad.

Sekolah Agama Menengah (SAM)/ Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT)

SAM dan SAMT adalah sekolah agama negeri yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekolah-sekolah ini juga dikenali sebagai kelompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan tujuan untuk memperkasakan pendidikan Islam terutamanya di negeri Selangor. Ianya menawarkan pelbagai program pendidikan dari peringkat rendah hingga menengah bagi pelajar yang ingin menimba ilmu agama Islam secara menyeluruh termasuk program tahfiz.Ianya juga turut menawarkan program kelas al-Quran dan fardu ain integrasi bagi pelajar yang ingin mempelajari asas-asas agama Islam.

Permohonan SAM Selangor 2026 Online Melalui E Sekolah JAIS

eSekolah adalah sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah yang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memudahkan urusan berkaitan pendidikan Islam di negeri Selangor. Sistem atas talian ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah serta memudahkan akses kepada maklumat bagi pelajar, ibu bapa, dan pihak pentadbiran.

eSekolah merupakan langkah proaktif JAIS dalam memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan mutu pengurusan pendidikan Islam di Selangor. Dengan adanya sistem ini, diharapkan proses pengurusan sekolah menjadi lebih efisien dan teratur, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

eSekolah JAIS menawarkan pelbagai fungsi untuk memudahkan pengurusan sekolah. Diantara fungsinya adalah:

  1. Permohonan Kemasukan Pelajar: Sistem ini membolehkan permohonan kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) diuruskan secara dalam talian bagi tingkatan satu, empat, dan enam
  2. Pengurusan Data Pelajar: Menyimpan rekod pelajar secara sistematik, termasuk maklumat peribadi, akademik, dan kokurikulum
  3. Komunikasi: Memudahkan komunikasi antara pihak sekolah, ibu bapa, dan pelajar melalui platform yang disediakan.

Untuk membuat permohonan SAM Selangor 2026, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Akses Laman Web Rasmi: Layari laman web rasmi eSekolah di E Sekolah JAIS.
  2. Daftar Akaun: Klik pada pautan โ€œDaftar Penggunaโ€ dan isikan maklumat yang diperlukan, seperti nombor MyKad dan kata laluan pilihan anda.
  3. Log Masuk: Setelah pendaftaran berjaya, log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Permohonan Kemasukan: Pilih kategori permohonan yang sesuai (Tingkatan 1, 4 atau 6) dan ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan permohonan.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila ikuti langkah-langkah memohon seperti grafik di bawah ini.

Iklan Pengambilan SAM/ SAMT/ MITS 2026

SUMBER : Facebook Bahagian Pendidikan Islam JAIS

Syarat Kemasukan Murid Tingkatan Satu (1) Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT) Negeri Selangor Ambilan 2026

Sebelum memohon, sila pastikan anda melepasi syarat kemasukan berasaskan kepada syarat am dan syarat khas kelayakan/ pencapaian berikut:

i) Syarat Am

Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang memenuhi kriteria berikut:

  • โœ… Telah membuat permohonan ke SAM/SAMT dalam laman sesawang : https://esekolah.jais.gov.my, ๐——๐—”๐—ก
  • โœ… Calon, ibu dan bapa ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐——๐—”๐—ก
  • โœ… Calon, ibu dan bapa lahir di Selangor, ๐—”๐—ง๐—”๐—จ
  • โœ… Calon bukan lahir di Selangor tetapi ibu atau bapa lahir di Selangor; ๐—”๐—ง๐—”๐—จ
  • โœ… Ibu dan bapa menetap di Selangor / bermastautin lebih 15 tahun dan perlu mengisi borang pengesahan pemastautinan.

ii) Syarat Khas Akademik

Syarat ambilan tahun 2026 (Kemasukan ke Tingkatan 1) telah dikemaskini di https://esekolah.jais.gov.my seperti berikut:-

1. Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) / Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Pekan Sabak (SAMMPS)

  • 1.1 Menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan mendapat pangkat MUMTAZ; DAN,
  • 1.2 MUMTAZ Ujian Tilawah dan Hafazan Tahun 6; DAN,
  • 1.3 MUMTAZ bagi mata pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA); DAN,
  • 1.4 Memperolehi sekurang-kurangnya TP5 dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) Kurikulum Kebangsaan; DAN,
  • 1.5 Lulus Penilaian PAFA; DAN,
  • 1.6 Baik Dalam Pencapaian Kokurikulum (JAIS/KPM); DAN,
  • 1.7 Lulus Penilaian Sahsiah JAIS.

2. Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya

  • 2.1 Menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan mendapat pangkat MUMTAZ; DAN,
  • 2.2 Lulus Ujian Tilawah dan Hafazan Tahun 6; DAN,
  • 2.3 Mumtaz bagi mata pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA); DAN,
  • 2.4 Memperolehi sekurang-kurangnya TP5 dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) Kurikulum Kebangsaan; DAN,
  • 2.5 Lulus Penilaian PAFA; DAN,
  • 2.6 Baik Dalam Pencapaian Kokurikulum (JAIS/KPM); DAN,
  • 2.7 Lulus Penilaian Sahsiah JAIS.

3. Sekolah Agama Menengah (SAM) / Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT)

  • 3.1 Menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan mendapat sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL; DAN,
  • 3.2 Lulus Ujian Tilawah dan Hafazan Tahun 6; DAN,
  • 3.3 Sekurang-kurangnya MAQBUL bagi mata pelajaran Bahasa Arab dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA); DAN,
  • 3.4 Memperolehi sekurang-kurangnya TP3 dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) Kurikulum Kebangsaan; DAN,
  • 3.5 Lulus Penilaian PAFA; DAN,
  • 3.6 Baik Dalam Pencapaian Kokurikulum (JAIS/KPM); DAN,
  • 3.7 Lulus Penilaian Sahsiah JAIS.

4. Pemohon mestilah telah membuat permohonan dan mengisi permohonan dalam sistem esekolah dengan memuat naik salinan dokumen sokongan yang diperlukan pada tarikh yang ditetapkan.

NOTA : ZON PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) boleh dirujuk di Garis Panduan di bawah.

Semakan Keputusan SAM Selangor 2026

Maklumat tarikh semakan keputusan SAM Selangor 2026 meliputi tarikh semakan tawaran kemasukan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Keputusan tawaran boleh disemak pada sistem semakan E Sekolah JAIS.

Garis Panduan/ Manual Pengguna

Setiap ibu bapa atau pelajar digalakkan untuk membaca/ menyemak garis panduan/ manual pengguna permohonan terlebih dahulu seperti dalam pautan berikut :-

Garis Panduan

Manual Pengguna

Maklumat Lanjut/ Cara Hubungi

Untuk maklumat berkaitan, sila hubungi :-

Whatsapp +6017-7630306

Email: penyeliasamselangor@gmail.com
Web: www.jais.gov.my/

Alamat : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, Bangunan Sultan Idris Shah, Tingkat 2 & 3 Menara Utara, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam Selangor

No Tel : 03-5514 3638

Selamat membuat permohonan SAM Selangor 2026 secara atas talian pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga permohonan anda berjaya.