Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 16 Disember 2018 jam 05:24 PM

Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2018
Rate this post

Borang Permohonan Semakan Semula Result Keputusan PT3 2018. Umum sedia maklum yang keputusan PT3 2018 akan diumumkan pada 13 Disember 2018 (Hari Khamis). Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan anda, pemohon boleh membuat permohonan semakan semula keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2018 melalui prosedur dan langkah-langkah ringkas seperti berikut seperti disarankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:-

Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu.

Prosedur dan borang permohonan lengkap semak semula result PT3 2018 boleh download di Borang Semak Semula.

borang semak semula keputusan pt3

PANDUAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA RESULT PT3 2018

Berikut adalah maklumat semak semula keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 buat panduan calon yang akan dikemaskini dari masa kesemasa mengikut tahun peperiksaan:-

  1. Permohonan  hendaklah  dibuat  dalam  tempoh  30  hari  dari  tarikh  keputusan  peperiksaan diumumkan.
  2. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyemakan  Semula  Keputusan  PT3.  Permohonan  yang  tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.

Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 boleh didapati dari:

  • Sekolah
  • Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN
  • Laman web Lembaga Peperiksaan. Panduan dan borang di Permohonan.my

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 perlu disertakan dengan satu salinan

  • Pernyataan Keputusan PT3.
  • Semua  dokumen  di  atas  hendaklah  disahkan  oleh  Guru  Besar/Pengetua  atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A
  • Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

  • Calon Sekolah – Pengetua sekolah di mana calon keputusan PT3 calon dikeluarkan.
  • Calon Persendirian – Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri

Borang  permohonan  yang  diterima  selepas  30  hari  dari  tarikh  pengumuman  rasmi keputusan PT3  tidak akan diproses. Keputusan  permohonan  akan  dimaklumkan  melalui  surat  rasmi  dalam  tempoh  dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima

BAYARAN FEE

  • i. Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian.
  • ii. Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran.
  • iii. Fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Cek persendirian tidak diterima

KEPUTUSAN PENYEMAKAN SEMULA

  • i. Keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon.
  • ii. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan diterima

Semoga panduan mengenai Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2018 ini bermanfaat untuk mereka yang ingin membuat permohonan semakan.