Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan PT3 2019 Online

Pelajar Tingkatan 3 pastinya berdebar-debar menanti keputusan result peperiksaan PT3 2019 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang diadakan pada 1 hingga 9 Oktober 2019. Keputusan PT3 201dijangka diumumkan sekitar minggu ketiga bulan Disember 2019.

Pengumuman keputusan rasmi akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui media masa dan juga di Portal Rasmi KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Semakan Keputusan PT3

Semakan Keputusan PT3 2019 (Cara Dapatkan Penyataan Keputusan Calon)

Berikut adalah maklumat penting berkaitan semakan keputusan PT3 2019 buat panduan pelajar.

  • Tarikh rasmi adalah pada hari Khamis, 19 Disember 2019
  • Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2019 boleh diperolehi dari sekolah masing-masing mulai jam 8:00/ 9:00/ 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3.
  • Tiada semakan online dan SMS disediakan pada tahun sebelumnya dan calon perlu datang mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di sekolah anda. Semakan SMS juga tidak disediakan
  • Tarikh pengumuman keputusan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing dimana pihak sekolah akan memaklumkannya dalam majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kepada calon yang terbabit pada tarikh yang ditetapkan.
  • Gred markah terkini PT3, sila rujuk di Gred Pemarkahan PT3
  • Permohonan semak semula Keputusan PT3 boleh di buat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing atau merujuk kepada Permohonan semakan semula result PT3. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari keputusan dikeluarkan.

Semoga berjaya dan tahniah kepada calon PT3 2019 yang mendapat keputusan yang cemerlang.

* PT3 akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

* Bagi pelajar yang berminat untuk memasuki SBP, KV/SMT dan MRSM ambilan tahun 2020, anda boleh merujuk panduan permohonan secara online di

  1. Sekolah Teknik/ Kolej Vokasional
  2. Sekolah Berasrama Penuh
  3. Permohonan MRSM Tingkatan 4

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam keputusn PT3 2019. Selamat menempuh pelajaran Menengah Atas tahun 2019 nanti.