Panduan terkini dikemaskini pada

Semak Tracking Pos Laju Malaysia Online Dan SMS

Bagaimana cara semak tracking poslaju dalam mengetahui status penghantaran barangan anda melalui Pos Laju? Kini ianya menjadi lebih mudah apabila Pos Laju ada menyediakan satu cara yang mudah untuk menyemak Status Penghantaran Barangan melalui Pos Laju Malaysia Online. Semakan tracking nombor Pos Laju Malaysia yang disediakan boleh di semak secara online dalam talian, SMS dan Facebook.

Berikut dikongsikan cara-cara menyemak status penghantaran barangan anda melalui cara semakan di bawah ini tanpa perlu datang ke kaunter Pos Laju. Ianya sangat mudah dan menjimatkan masa. Jika anda ingin ke kaunter Poslaju sila pastikan anda pergi pada waktu operasi Pos Laju.

semakan poslaju

Cara Semak Tracking Pos Laju Malaysia Online, SMS Dan Facebook

Berikut dikongsikan 3 cara untuk membuat semakan status barangan Pos Laju:- 

1. Tracking Pos Laju online

  • Sila masukkan nombor tracking kurier (consignment note) pada applikasi semakan di bawah ini dan  jangan jarakkan nombor
  • Tekan button ‘TRACK’
  • Lihat Status Penghantaran dan klik pada tarcking number untuk mendapatkan maklumat lanjut penghantaran

Applikasi Semakan

2. Semakan Tracking Pos Laju Melalui SMS

Perkhidmatan SMS juga disediakan buat pengguna Maxis, Celcom dan Digi di mana caj sebanyak RM0.50 akan dikenakan untuk setiap SMS

  • Taip PL<jarak>(Tracking Number) dan hantar ke 33333

3. Tracking Pos Laju Menggunakan Facebook

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Pos Laju Malaysia akan membantu anda mengesan status penghantaran barangan anda. Sila Private Message (PM) di laman FB AskPos pada waktu bekerja Isnin hingga Jumaat dari jam 830 pagi hingga 530 petang. 

4. POS Malaysia Mobile Apps

Ini merupakan kaedah terbaru semakan

Muat turun atau download applikasi Pos Malaysia ini di Google Play dan App Store.

Perkhidmatan Pos Laju

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Laju antara lain adalah seperti berikut :-

  1. Penghantaran pantas hari sama
  2. Penghantaran Hari Seterusnya
  3. Masa Perkhidmatan tertentu
  4. Pos Parcel
  5. Pos Ekspres
  6. Pos Laju Pack
  7. On-Demand Pick-up.

Pos Laju juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai seperti perkhidmatan pick-up, Insurans, alat elektronik perkapalan, pembungkusan dan pengesanan berasaskan web di bawah www.poslaju.com.my.

Aduan Barang Rosak/ Hilang Atau Lewat

Juga dikongsikan dari Norfanil.com, Cara Buat Aduan Barang Pos Laju samada Rosak, Hilang dan Lewat dan prosedur mendapatkan Ganti Rugi

  • 1- Cek dahulu samada barangan anda layak untuk diminta ganti rugi ataupun tidak.
  • 2- Hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1 300 300 300 (panggilan tempatan), atau +603 2727 9100 (panggilan antarabangsa)  atau hantar email ke care@pos.com.my. Anda akan di minta mengisi borang PP1 dengan maklumat sebanyak yang mungkin. Borang P1 boleh didapati di mana-mana Cawangan Pos Laju dan Pos Malaysia.
  • 3- Sertakan bukti sokongan iaitu Sijil Pos dari Pos Malaysia, dan bukti nilai barangan kiriman seperti resit.
  • 4- Tunggu pengesahan aduan dari Pos Malaysia bersama nombor aduan untuk rujukan.
  • 5- Pos Malaysia akan membuat siasatan ke atas punca kerosakan dan pengesahan barangan dihantar oleh Pos Malaysia. Pos  Malaysia akan meneliti hasil siasatan dan, jika ada, pampasan akan dibayar kepada anda.
  • 6- Jika anda tidak bersetuju dengan hasil siasatan Pos Malaysia, anda boleh membuat rayuan.

Moga  informasi cara Semak Tracking No Pos Laju Malaysia Secara Online ini dapat membantu anda dalam kehidupan seharian untuk lebih produktiviti dan menjimatkan masa. Kemudahan yang disediakan ini sekaligus memudahkan anda dalam mengetahui status penghantaran barangan dengan cepat dan mudah.