Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Penyata Gaji Online (e-Penyata & Laporan JANM)

Semakan Penyata Gaji Online Kakitangan Awam Malaysia. Anda seorang kakitangan awam atau kerajaan?  E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan online yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia (ANM).

Ianya bagi membolehkan Kakitangan Awam Kerajaan menyemak penyata/ slip gaji mereka secara online.

E-Penyata Gaji/ Slip Gaji Online

E-Penyata Gaji Online ternyata memberikan kemudahan serta dapat mempercepatkan proses mendapatkan penyata gaji secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sekali sebulan.

Cara Buat Semakan e-penyata Gaji Online

Berikut dikongsikan panduan cara-cara membuat semakan penyata gaji secara online:-

1) Pendaftaran Pengguna Baru

Kepada mereka yang merupakan seorang pengguna baru, sila buat pendaftaran dulu sebelum dapat menggunakan applikasi semakan ini. Klik pautan “Pertama Kali Mendaftar” untuk membuat pendaftaran.

2) Menyemak Slip Gaji Online

Setelah urusan pendaftaran selesai, anda boleh mengakses sistem dengan log in menggunakan maklumat-maklumat seperti dipaparkan, contoh No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan

Capaian masuk ke Sistem ePayslip adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (www.anm.gov.my), dan klik pautan bergambar yang bertajuk Sistem ePenyata Gaji & Laporan yang tertera di laman web utama

  • Klik masuk ke Laman ANM
  • Pilih e-penyata Gaji & Laporan

Kakitangan awam atau kerajaan boleh juga membuat semakan laporan pendapatan tahunan melalui E-Penyata Gaji Online.

Maklumat Lanjut

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM telah mengambil inisiatif untuk menaiktaraf Sistem ePayslip Web dan ePayslip Mobile App. Penaiktarafan sistem ini adalah bertujuan untuk menambahbaik sistem sedia ada kepada sistem yang lebih mudah, mesra pengguna serta mempertingkatkan aspek keselamatan.

Di antara ciri-ciri utama penambahbaikan baharu yang dibuat adalah dengan memperkenalkan kod QR di penyata gaji bulanan bagi mempertingkatkan aspek integriti, keselamatan serta perlindungan data gaji pengguna. Kod QR ini sebelum ini hanya ada di sub menu Penyata Untuk Pinjaman di mana ianya telah dikeluarkan dengan pelaksanaan penambahbaikan terkini yang telah dibuat.

Pihak institusi kewangan dan mana-mana pihak lain yang berkaitan boleh membuat pengesahan berkaitan kesahihan maklumat gaji kakitangan menggunakan kod QR berkenaan yang akan dilaksanakan mulai dari tarikh gaji bulan Oktober 2025 iaitu pada 16 Oktober 2025.

Panduan penggunaan Sistem ePayslip Web, ePayslip Mobile App dan Pengesahan Penyata Gaji berkaitan penambahbaikan system tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi JANM melalui email di maklumbalas@anm.gov.my atau menghubungi talian telefon di 03-88821000.

Semoga E-Penyata Gaji Semakan Online ini bermanfaat dan dapat memudahkan Kakitangan Awam di Malaysia dalam merancang kewangan seperti membuat pinjaman, bercuti dan sebagainya.