Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan Perajurit Muda TD TUDM TLDM Online

Semakan Keputusan Permohonan Ke Pemilihan Awal Dan Keputusan Layak Pemilihan Akhir Perajurit Muda 2020 Secara Online. Berita baik bagi mereka yang telah membuat permohonan untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sebagai Perajurit Muda.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semak keputusan permohonan layak ke pemilihan awal beserta semak keputusan layak ke pemilihan akhir untuk permohonan Perajuriy Muda TD, TUDM dan TLDM.

semakan keputusan perajurit muda

Semakan Keputusan Permohonan/ Pemilihan Perajurit Muda TD, TUDM Dan TLDM

Keputusan pemilihan terkini yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  1. Januari 2020 : Keputusan Permohonan Ke Pemilihan Awal Perajurit Muda (Pjm) Udara Siri 63/20 Zon Sabah Dan Sarawak Telah Dikeluarkan. Pemohon Boleh Membuat Semakan Melalui Akaun Pemohon Di http://kerjaya.airforce.mil.my Sekarang. Keputusan Permohonan Bagi Zon Semenanjung Akan Menyusul Kemudian.
  2. Pengambilan Tentera Darat : Sila Layari https://army.mod.gov.my/akhir/layak_akhirlist.php Untuk Semakan Bagi Calon Yang Layak Ke Pemilihan Akhir Dan https://army.mod.gov.my/akhir/pemeriksaan_semulalist.php Bagi Pemeriksaan Semula Calon Simpanan Siri Yang Lepas.

Maklumat Penting Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat

Berikut dikongsikan beberapa informasi/ maklumat penting berkaitan pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat yang dikongsikan dari FB Tentera Darat Malaysia.

  1. Keputusan atas talian (Online) adalah merupakan keputusan rasmi dan anda tidak perlu menunggu surat sampai.
  2. Tentukan anda membaca SURAT PANDUAN yang dikepilkan pada sistem semakan keputusan.
  3. Sila hubungi pihak Bahagian Pengambilan Perajurit Muda sekiranya ada permasalahan atau pertanyaan

Definasi CALON SIMPANAN dalam semakan Penyerahan Perajurit Muda

  • 1. Mereka yang akan dipanggil sekiranya ada individu yang menarik diri atau dipanggil oleh Pegawai Pemilihan.
  • 2. Mereka yang dicalonkan untuk sesi Penyerahan Perajurit Muda bagi siri akan datang (Tarikh dan Masa akan ditetapkan).

Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam semakan ke pemilihan awal dan keputusan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat, TUDM dan TLDM secara online.