Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023 Online (November)

Tarikh Check Result MUET Sesi 3 November 2023 Online Dan SMS. Anda telah menduduki peperiksaan MUET sesi November yang lalu? Semakan keputusan MUET Sesi 3 2023 dahulunya sesi Julai akan diumumkan pada bulan September 2023.

Untuk tarikh sebenar, anda boleh melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bahagian Pengumuman.

keputusan muet

Bagi mereka yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi lain iaitu Sesi 1 dan 3, anda boleh merujuk Kalendar Peperiksaan MUET 2023 yang memaparkan tarikh buka dan tutup pendaftaran serta tarikh ujian diadakan. Buat mereka yang telah mendaftar, anda boleh membuat check Slip Daftar secara online.

Cara Buat Semakan Keputusan MUET Sesi 3 November 2023 Online

Berikut adalah cara-cara buat semakan keputusan melalui khidmat SMS dan online :-

1) Semakan online

Semakan keputusan MUET secara online boleh di semak di https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/

  • Semakan mulai jam 10:00 pagi pada 10 Januari 2023

2) Semakan melalui SMS

Semak melalui SMS

  • Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
keputusan muet sesi 3 tahun 2023

Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET 

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

  1. Caj rayuan semakan semula keputusan : RM70.00
  2. Tarikh tutup : Seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan
  3. Pemohon perlu mengisi Borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan (MUET/PS1)
  4. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian MUET).

Bagi mereka yang ingin lulus cemerlang Peperiksaan MUET, berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.