Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan Matrikulasi 2025 – 2026 Online

Semua pelajar lepasan SPM 2024 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun pengambilan 2025 / 2026 boleh membuat semakan keputusan permohonan pada tarikh yang dikongsikan di ruangan di bawah.

Setiap tahun, pengumuman tawaran serta penempatan pelajar yang berjaya ke Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pertengahan tahun, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza.

Apapun, yang pasti keputusan permohonan Program Matrikulasi sesi 2025 / 2026 akan diumumkan keluar selepas keputusan SPM diumumkan.

Semakan Penempatan Keputusan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2025 / 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan satu mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan dan penempatan ke Program Matrikulasi iaitu secara dalam talian (online).

Pelajar yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mencetak sendiri surat tawaran Matrikulasi kerana surat tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian (online) sepenuhnya.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan penempatan tawaran Program Matrikulasi KPM sesi 2025 / 2026.

Tarikh Tawaran | Penempatan | Keputusan Ke Program Matrikulasi 2025

Dibuka : 21 Mei 2025 (Hari Rabu)

Masa : 1000 pagi

 

semakan matriks

Semakan Tawaran / Penempatan / Keputusan Ke Program Matrikulasi 2025 Secara Online

Semakan keputusan tawaran ke Program Matrikulasi KPM dan cetakan surat tawaran boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi semakan Program Matrikulasi, sila klik pada judul pautan laman web rasmi di bawah.

Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk terima tawaran Program Matrikulasi?

Pelajar perlu:

  • a) layari https://matrikulasi.moe.gov.my, klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan;
  • b) membuat pembayaran yuran pendaftaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan; dan
  • c) mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.

Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 22 Mei hingga 21 Jun 2025. Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing. Sekiranya pelajar mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, boleh menghubungi pihak kolej yang ditetapkan.

Bagi pelajar tahfiz yang memilih mata pelajaran Hifz Al-Quran, pelajar perlu mengemukakan salinan Sijil Tahfiz KPM/ Sijil Tahfiz Al-Quran MARA/ Pernyataan Keputusan Prestasi Hafazan KPM/ mana-mana sijil hafazan yang berdaftar dengan JAKIM atau Majlis/ Yayasan Agama Islam Negeri semasa pendaftaran secara fizikal di kolej.

  • Rayuan kemasukan bagi tahun 2025 bermula 21 Mei hingga 21 Jun 2025 secara dalam talian
  • Pelajar boleh memohon pertukaran jurusan melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 22 hingga 24 Mei 2025 kecuali pertukaran Jurusan Sains ke Perakaunan yang boleh diuruskan di kolej selepas mendaftar secara fizikal. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kekosongan dan syarat.
  • Pelajar tidak boleh memohon pertukaran kolej kecuali dalam situasi berikut :-
    • i. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
    • ii. Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
    • iii. Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.
  • Semua application rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan
  • Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.
  • Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
  • Minggu Pengurusan Pelajar Baharu akan dilaksanakan bermula pada 22 atau 23 Jun 2025
  • Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan diberikan kepada pelajar yang layak sebanyak RM1,250.00 bagi setiap semester (satu semester selama 5 bulan). Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar pada tarikh yang ditetapkan selepas dokumentasi dilengkapkan

Semakan Tawaran / Penempatan / Keputusan Ke Program Matrikulasi 2025 Secara Sms

Tiada semakan secara SMS disediakan

Semakan keputusan permohonan ke Program Matrikulasi KPM melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

  • Taipkan: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888
  • Contoh: MOE MAT 990217035442 sms ke 15888

Pautan Lampiran Info Berkaitan Program Matrikulasi KPM

Ref : kelulusan pertukaran jurusan melalui pautan https matrikulasi.moe.gov.my, semakan boleh memohon pertukaran jurusan melalui pautan https matrikulasi.moe.gov.my, i pelajar lakukan untuk terima tawaran program matrikulasi, semakan keputusan calon, matrikulasi 2025/2026, cara membuat,