Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah salah sebuah instituti pengajian tinggi milik Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya yang bertujuan untuk menaik taraf kehidupan bumiputera dengan pendidikan telah berjaya menjadikan UiTM salah satu universiti terulung dalam negara. Semenjak penubuhannya, UiTM telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang.
Bagi memenuhi permintaan kemasukan ke UiTM, pihaknya telah menambah bilangan kampus serta menaik taraf sistem pendidikan mereka. Bermula dari diploma hinggalah ke peringgkat yang lebih tinggi UiTM telah melahirkan ramai graduan mereka. Dengan slogan ‘UiTM dihatiku’ universiti ini merupakan pusat pengajian pilihan bumiputera.
Dengan yuran pengajian yang murah, UiTM menjadi pilihan utama pelajar bumiputera untuk mencapai cita-cita mereka. Setiap tahun pemohon boleh membuat permohonan kemasukan ke UiTM. UiTM menawarkan program pengajian seperti Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK).
Semakan Keputusan UiTM Secara Online Sesi 2025-2026
Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan tarikh membuat semakan, cara membuat semakan, syarat kemasukan serta lain-lain info untuk panduan semua:
Kemasukan UiTM Sesi 1 2025-2026
i) HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM PROFESIONAL UiTM SESI 1 2025/2026 (KEMASUKAN OKT 2025)
📣 Hebahan keputusan dan semakan surat tawaran ke program Profesional UiTM
.⭐ACCA FOUNDATION IN ACCOUNTANCY (ACCA FIA) (UK) (AC151)
.⭐THE ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA) (UK) (AC551)
.⭐THE INSTITUTE OF CHARTERED SECRETARIES AND ADMINISTRATION (UK) (ICSA) (AM550)
📣 Hebahan keputusan dan semakan surat tawaran ke program Profesional UiTM boleh disemak mulai :
Tarikh: 17 Jun 2025
Hari: Selasa
Masa: 5.00 petang
Tempoh Klik Setuju Terima & Pendaftaran secara dalam talian (online) sebagai Pelajar :
17 – 25 Jun 2025 (ACCA & FIA) & 17 Jun -13 Julai 2025 (ICSA)
ii) HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM ASASI/ DIPLOMA LEPASAN SPM SESI 1 2025/2026 (MOHON MELALUI UPU)
Semakan Surat Tawaran Lepasan SPM bagi calon yang ditawarkan ke program UiTM Sesi 1 2025/2026 bagi kemasukan Julai 2025 (Asasi) & September 2025 (Diploma) boleh dibuat mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 17 Jun 2025
Hari: Selasa
Masa: 2.00 petang
iii) HEBAHAN PANGGILAN DAN SEMAKAN SURAT TEMU DUGA PROGRAM PROFESIONAL PERAKAUNAN UiTM BAGI SESI 1 2025/2026 (SEMESTER OKTOBER 2025)
• THE ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA) (UK) – AC551
• ACCA FOUNDATION IN ACCOUNTANCY (ACCA FIA) (UK) – AC151
Hebahan panggilan dan semakan surat temu duga Program Profesional Perakaunan UiTM bagi sesi 1 2025/2026 (kemasukan Okt. 2025) untuk program AC551 & AC151 adalah seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 05 Jun 2025
Hari : Khamis
Masa : Selepas 2.00 petang
Aplikasi Semakan UiTM
Berikut merupakan pautan untuk membuat semakan kemasukan ke UiTM. Sila layari pautan berikut:
SEMAKAN UiTM
Semakan Lain-Lain Keputusan
Pemohon boleh merujuk kepada pautan Program yang disenaraikan di bawah untuk mengetahui keputusan application anda.
A) Program Pra Diploma
- 1) Program Pra Diploma
B) Program Diploma/Asasi
- Lepasan SPM
- Lepasan GCE O-Level/ A-Level/Apel/Setaraf
- Penerapan Pelajar Pra Diploma ke Diploma
C) Program Sarjana Muda
- Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/ Kolej Bersekutu UiTM
- Penerapan Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)
- Lepasan Diploma UiTM
- Lepasan Diploma UiTM (Program MBBS240, PH240 & DS240 Sahaja)
- Lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/DVM/DKM/DLKM/Diploma IPT Lain
- Lepasan SPM (Program AP243)
- Lepasan GCE A-Level/ AUSMAT/ APEL / SPM (Program LW224/SR243)/ Setaraf
D) Program Profesional
- Program AC151 (ACCA FIA)
- Program AC551 (ACCA)(UK)
- Program AM550 (ICSA)
- Lepasan STPM/Diploma IPT Lain/ Ijazah Sarjana Muda IPT Lain/Setaraf
- Penerapan Pelajar Program AC151 (ACCA FIA) ke Program AC551 (ACCA)(UK)
- Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/ Ijazah Sarjana Muda UiTM
- Lepasan Diploma UiTM/ Ijazah Sarjana Muda UiTM
Selain itu, pemohon juga boleh membuat semakan panggilan temuduga dan keputusan rayuan dengan melayari aplikasi semakan di atas.