Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah KSSR

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.

Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek  mata pelajaran lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

mata pelajaran sekolah rendah

UPSR & PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)

Mulai tahun 2017, KPM mengambil pendekatan berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui persekolahan peringkat rendah selama enam tahun.

Pelaporan kejayaan murid sekolah rendah yang lebih menyeluruh dan bermakna, tidak lagi hanya berfokus kepada keputusan UPSR, malah melaporkan secara formal tentang profil murid dari segi kecerdasan semula jadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah, dan kecergasan, tahap kesihatan serta pelibatan dalam aktiviti luar bilik darjah. Aspek kejayaan murid ini diperlihatkan melalui laporan yang lebih menyeluruh dinamakan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau ringkasnya PPSR.

Komponen PPSR

Empat (4) komponen yang terdapat dalam PPSR adalah :-

  • 1) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
    • merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnosis bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa
  • 2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
    • merupakan pentaksiran kegiatan kokurikulum sekolah dan aktiviti kecergasan fizikal murid. Kegiatan kokurikulum merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. PAJSK bertujuan untuk menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum dan kecergasan murid yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah. PAJSK dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun.
  • 3) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
    • diperkenalkan untuk mengumpul data dan maklumat profil murid di sekolah sebagai usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan pelaporan murid yang menyeluruh. PPsi terdiri daripada beberapa ujian yang berbeza bergantung kepada keperluan dan kesesuaian dengan peringkat persekolahan.
  • 4 a) Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR)
      • dilaksanakan mulai tahun 2016 untuk menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna melalui aktiviti dalam situasi sebenar kehidupan murid. PASR bertujuan untuk menyediakan pelaporan komprehensif khusus bagi Murid Berkeperluan Khas
  • 4 b) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
      • Peperiksaan UPSR menilai pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di samping Bahasa Cina atau Bahasa Tamil bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). UPSR berperanan sebagai checkpoint untuk mengukur kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul selama enam tahun di sekolah rendah.

Senarai Mata Pelajaran Sekolah Rendah KSSR (Tahap 1 Hingga 6)

Berikut adalah senarai mata pelajaran mengikut tahap dan tahun di sekolah rendah berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017.

TAHAP 1 – Tahun 1 Hingga Tahun 3

Mata Pelajaran Teras

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) atau Bahasa Tamil (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil)
  4. Matematik
  5. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  6. Sains
  7. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  8. Pendidikan Kesenian
  9. Mata pelajaran tambahan : Bahasa Arab/ Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan/ Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ Bahasa Semai

TAHAP 2 – Tahun 4 Hingga Tahun 6

Mata Pelajaran Teras

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) atau Bahasa Tamil (untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil)
  4. Matematik
  5. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  6. Sains
  7. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  8. Sejarah
  9. Pendidikan Kesenian
  10. Reka bentuk dan Teknologi
  11. Mata pelajaran tambahan : Bahasa Arab/ Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan/ Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun/ Bahasa Semai

Senarai mata pelajaran sekolah menengah Tingkatan 4 dan 5 (lepasan PT3) pula boleh dirujuk di :-

SUMBER

Semoga perkongsian senarai mata pelajaran sekolah rendah KSSR (semakan 2017) boleh dijadikan panduan buat pelajar dan ibu bapa semua.