Semakan Keputusan UPU Ke IPTA/ UA Sesi 2025/ 2026 Online. Untuk panduan, berikut adalah makluman tarikh-tarikh penting mengenai semakan UPU (keputusan tawaran UPU), semakan panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran ke IPTA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA serta MARA BPT untuk sesi akademik 2025/ 2026.
Bagi calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan application UPU 2025 online, semakan keputusan UPU Ke IPTA dan Politeknik boleh di semak pada bulan Jun 2025 untuk lepasan SPM/ setaraf dan pada bulan Ogos/ September 2025 untuk lepasan STPM/ setaraf.
Semakan UPU Sesi 2025/ 2026 Online Keputusan Tawaran Masuk Ke UA/ IPTA
Tarikh semakan keputusan UPU 2025 yang berjaya layak ke UA/ IPTA lepasan SPM dan setaraf dijangka diumumkan pada bulan Jun 2025 manakala bagi lepasan STPM dijangka pada Ogos/ September 2025.
Semua tarikh akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi
CARA SEMAK KEPUTUSAN UPU TAHUN 2025-2026
A) Kategori Lepasan SPM/ Setaraf
Application Dibuka Fasa 1 : 10 Februari 2025 (Jam 12 Tengah Hari)
Tarikh Tutup Application Fasa 1 : 14 Mac 2025 (Jam 5 Petang)
Application Dibuka Fasa 2 : 14 April 2025 (Jam 12 Tengah Hari)
Tarikh Tutup Application Fasa 2 : 18 Mei 2025 (Jam 5 Petang)
Semakan Panggilan Temu Duga Bagi Program Pengajian Bertemuduga / Ujian (#) : 14 April 2025
Pengumuman Keputusan Application & Tawaran : 16 Jun 2025 (jam 12 Tengah Hari) hingga 25 Jun 2025 (5 Petang)
Rayuan UPU : 16 Jun 2025 (jam 12 Tengah Hari) hingga 25 Jun 2025 (5 Petang)
Keputusan Rayuan UPU : 25 Julai 2025 (jam 12 Tengah Hari) hingga 29 Julai 2025 (5 Petang)
Tempoh setuju terima tawaran bermula 26 Julai hingga 29 Julai 2025
Keputusan Rayuan UPU Hebahan Kedua : Akan Dikemaskini
Link Semakan Keputusan UPU
Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran kemasukan IPTA menerusi pautan di bawah ini sekiranya Link UPU menghadapi kesulitan akibat penggunaan yang tinggi.
ATAU
Melalui Applikasi UPUPocket
Pemohon yang berjaya hendaklah membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Laman Web Rasmi IPTA berkaitan ataupun Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) pada tarikh 17 hingga 25 Jun 2025
B) Kategori Lepasan STPM/Setaraf
Application Dibuka Fasa 1 : 10 Februari 2025 (Jam 12 Tengah Hari)
Tarikh Tutup Application Fasa 1 : 14 Mac 2025 (Jam 5 Petang)
Application Dibuka Fasa 2 : 14 April 2025 (Jam 12 Tengah Hari)
Tarikh Tutup Application Fasa 2 : 18 Mei 2025 (Jam 5 Petang)
Semakan Panggilan Temu Duga / Ujian Program Pengajian Bukan Pendidikan : 21 April 2025
Semakan Panggilan Ujian i-MEdSI : 21 April 2025
Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan : 19 Mei 2025
Pengumuman Keputusan Application & Tawaran : 5 September 2025, Jumaat (12 tgh hari) – 14 September 2025, Ahad (5 petang)
Rayuan UPU : 5 September 2025, Jumaat (12 tgh hari) – 14 September 2025, Ahad (5 petang)
Keputusan Rayuan UPU FASA 1 : Akan Dikemaskini
Keputusan Rayuan UPU FASA 2 : Akan Dikemaskini
Nota * : Pengesahan setuju terima tawaran bermula 6 September sehingga 14 September 2025
Pemohon yang tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran selepas tempoh yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai menolak tawaran
Hanya pemohon yang TIDAK BERJAYA mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan rayuan secara atas talian
Link Semakan Surat Tawaran UPU
Semakan boleh dilakukan di platform berikut:
ππ» Portal Rasmi UPU
ππ» Aplikasi UPUPOCKET
* Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa
Dasar & Kriteria Pemilihan
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-
a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh IPTA dan MARA BPT;
f) Lulus temu duga dan/atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan syarat berkenaan;
g) Program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan MARA BPT.
Markah Kokurikulum
Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah Lepasan SPM akan diselaraskan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK, KPM).
Proses Pemilihan
Calon akan disusun mengikut kedudukan berdasarkan markah merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah. Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua institusi/ agensi.
Pemprosesan pemilihan seperti berikut:
a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah
Kenapa Calon Berjaya Dan Gagal Terima Tawaran?
Maklumat Lanjut
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial UPU :~
π΄ TikTok : @bkpaupu
π΄ Facebook : kemasukan bkpa jpt
π΄ Telegram : UPUONLINE CHANNEL
π΄ Instagram : @kemasukanbkpa
π΄ YouTube : bkpaUPU
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi kami melalui:-
Hotline UPU: 03-86842363
E-mel: upu@mohe.gov.my
Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/ dan UPUChat: https://upuchat.org/
Selamat membuat semakan keputusan UPU 2025 online dan SMS. Moga anda berjaya mendapat tawaran memasuki UA/ IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang dihajati.
Rel : 16 jun 2025 isnin, tarikh penting, ua politeknik kolej komuniti, untuk menyemak, institusi latihan kemahiran awam, sesi akademik 2025/2026, 25 jun 2025 rabu, ijazah sarjana muda di universiti, hebahan keputusan, program pengajian lepasan spm, pengajian tinggi, peringkat sijil sahaja,