Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Penting UPU Online Sesi 2024/ 2025

Panduan buat lepasan SPM/ STPM/ Setaraf. UPUonline ke IPTA/ ILKA akan dibuka pada bulan Februari setiap tahun dan setiap application dikenakan bayaran melalui pembelian No. Unik ID. Tetapi bagi sesi akademik 2024/ 2025, bayaran telah dikecualikan oleh KPT. Application ke IPTA dan ILKA adalah secara atas talian sahaja iaitu melalui UPUOnline di Portal Rasmi UPU iaitu http://upu.mohe.gov.my

Berikut dikongsikan senarai tarikh-tarikh penting UPU online sesi 2024-2025 yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi UPU. Tarikh-tarikh ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa.

upu online

Tarikh-Tarikh Penting UPU Online 2024-2025 : Application, Keputusan Tawaran. Temuduga Dan Rayuan

BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU.

BPKP JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras intake ke :-

  • a) 20 Universiti Awam (UA), 36 buah Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline
    • Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
    • Program Pengajian Lepasan SPM
  • b) 36 Politeknik Konvensional/METrO, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUSkills
    • Program Pengajian Lepasan SPM
    • Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan intake ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)
 TARIKH PENTING UPU ONLINE 2024-2025
DATE PIN UPU/ APPLICATION/ PILIHAN PROGRAM
28 Feb Jualan Unik ID Di buka
29 Feb Application UPUonline di buka
29 Feb Pilihan Program Pengajian UPUOnline Dibuka Bagi Lepasan STPM/STAM/Asasi/Matrik
29 Feb Pilihan Program Pengajian UPUOnline Dibuka Bagi Lepasan SPM
8 Jun Jualan Unik ID Di tutup
29 Mac Application UPUonline di tutup
DATE TEMUDUGA/ KEPUTUSAN/ RAYUAN
29 April Sistem UPUOnline Fasa 2 – Matrikulasi / Asasi Dibuka
Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
Mei – Jun Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan
Julai Hebahan Keputusan Lepasan SPM Bagi application ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
Rayuan Ke UA Lepasan SPM
Mei Semakan Panggilan Ujian MEdSI 
Mei Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
Ujian MEdSI Dijalankan
Mei  Pembukaan semula UPUOnline bagi lepasan SPM
Jun Tarikh tutup pembukaan semula UPUOnline bagi lepasan SPM
Mei – Ogos Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA)
Mei – Ogos Semakan Panggilan & Proses Temuduga Pendidikan
Mei Permohonan Baharu Lepasan STPM/Setaraf 
Julai Kemaskini Permohonan Lepasan STPM/Setaraf berdasarkan keputusan sebenar
September Hebahan Keputusan STPM/Setaraf dan Pengesahan Setuju Terima/Tolak Tawaran
September Aplikasi eRayuan Dibuka Untuk Calon Gagal
Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 1
Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 2

Maklumat Lanjut

Setiap tahun KPM akan menganjurkan Karnival iaitu Jom Masuk IPT. Ini adalah sebagai platform untuk persiapan pelajar. Kiosk-kiosk UPUOnline disediakan kepada anda di tapak karnival, khidmat runding cara bersama pegawai daripada Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahan bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur application.

Selain daripada itu, BPKP JPT juga telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama masyarakat di

  • Facebook : BPKP JPT
    Play Store/App Store : UPUPocket 2.0

Pemohon digalakkan untuk melayari Facebook BPKP JPT bagi memastikan maklumat terkini sentiasa diperolehi dengan tepat dan terkini.