Panduan terkini dikemaskini pada

Sistem Gred Markah PT3 Dan Jenis Pentaksiran

Gred Pemarkahan Peperiksaan PT3 Dan Jenis Pentaksiran. PT3 mula dilaksanakan pada tahun 2014 namun PT3 tidak menggantikan PMR. PMR digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Di aklhir Tingkatan 3, murid akan menerima pelaporan Sekolah, Pelaporan Psikometrik, Pelaporan Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3.

Berbeza dengan PMR, PT3 adalah lebih menyeluruh dan menguji tahap calon dengan begitu terperinci dan bukannya bergantung kepada ujian bertulis dan objektif sahaja seperti PMR. Kesemua penilaian markah bagi setiap subjek direkodkan dan di kategorikan mengikut gred pemarkahan PT3 seperti yang tertera dibawah.

Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris calon perlu menduduki ujian bertulis dan ujian lisan. Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis.

gred markah pt3

Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

PT3 adalah komponen pentaksiran pusat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PT3 ditadbir oleh sekolah berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Instrumen PT3 diambil dari sukatan mata pelajaran tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Gred Pemarkahan Peperiksaan PT3 Pentaksiran Tingkatan 3

Gred PT3 Mengikut Peratusan Markah Terkini Mulai 2015

  • A 85-100
  • B 70-84
  • C 60-69
  • D 50-59
  • E 40-49
  • F 01-39
  • Tidak Hadir (TH)- 0

Nota: Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka
keputusannya Tidak Menguasai.

** Ada kedengaran tentang kemungkinan terdapat perubahan dalam julat markah keputusan peperiksaan PT3 2015 di mana Gred Markah A akan diturunkan ke julat 80 hingga 100 buat KHB dan bukan KHB.

gred markah pt3 terkini 2015

Gred B untuk KHB pula adalah 65-79 dan Gred C 50-64. Untuk selain KHB, markah 70-79 adalah Gred B dan 60-69 adalah Gred C. Apa-apapun kita nantikan sama-sama pengumuman rasmi dari LPM jika julat markah PT3 2015 ini akan ditukar.