• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Panduanmalaysia.com

Panduanmalaysia. Portal rangkuman maklumat tepat meliputi Informasi, Semakan, Pendidikan, Sukan, Agama, Penjawat Awam dan Resepi.

  • Home
  • Pendidikan
  • Informasi
  • Agama
  • Sukan
  • Resepi
  • Penjawat Awam
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Semakan BSH 2019 Melalui MyBSH Status Bantuan Sara Hidup Rakyat

ShareTweet

Semakan BSH Online Lulus Atau Tidak Melalui MyBSH. Berita baik buat semua apabila Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan mengambil langkah dengan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Namun, BR1M akan dimansuhkan dan digantikan dengan nama baru iaitu, Bantuan Sara Hidup Rakyat atau ringkasnya BSH. Berikut dikongsikan cara membuat semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat melalui MyBSH online (dahulunya MyBR1M).

Semakan status permohonan samada lulus atau gagal untuk pembayaran BSH Fasa Pertama boleh disemak mulai 17 Januari 2019. Dan mereka yang gagal dalam semakan telah diberikan peluang untuk membuat pendaftaran permohonan baharu beserta kemaskini dari 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

semakan mybsh

Semakan MyBSH Online Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Status Permohonan Dan Rayuan

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan status BSH samada Lulus atau Gagal buat panduan semua. Semakan status bayaran Fasa Pertama BSH 2019 boleh dibuat melalui kaedah semakan berikut :-

  • i. Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup LHDNM,
    • https://bsh.hasil.gov.my dengan memilih menu MyBSH > Semakan; atau
  • ii. Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  • iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • iv. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran; atau
  • vi. Surat Makluman BSH 2019 diposkan kepada penerima yang layak berdasarkan alamat surat-menyurat yang didaftarkan pada permohonan BSH 2018

Langkah Semakan Melalui MyBSH

Pastikan anda telah mendaftar Nombor Telefon Bimbit semasa permohonan BSH 2018 bagi membolehkan semakan dibuat melalui Portal Rasmi BSH. Semakan boleh dibuat di Menu MyBSH seperti berikut:-

  • i. Klik Menu MyBSH

mybsh1

  • ii. Masukkan Nombor MyKad
  • iii. Klik Butang Mohon TAC
  • iv. Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit
    • Nota : Sekiranya anda penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019, anda boleh hadir ke LHDNM bagi mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit dengan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019 atau semasa membuat kemas kini permohonan BSH 2019 mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019.
    • Sekiranya anda bukan penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019, anda boleh membuat Permohonan Baharu dan mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019
    • Tempoh sah Nombor TAC adalah selama 12 Jam daripada tempoh permohonan Nombor TAC berkenaan. Anda boleh menggunakan Nombor TAC yang sama untuk semakan sekiranya masih sah
  • v. Masukkan nombor TAC di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar
  • vi. Paparan Skrin MyBSH dan pilih Semakan Status

Soalan Lazim (FAQ) Semakan MyBSH

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim berkaitan semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 :-

  1. Mesej semakan status “Tiada Rekod” dipaparkan kerana anda tidak tersenarai sebagai penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 (rujuk Jawapan bagi soalan 2) atau tidak pernah membuat Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019
  2. Mesej “ Sila hadir ke Cawangan LHDNM untuk kemas kini No. Telefon”.berkenaan dipaparkan kerana Permohonan BSH sebelum ini tidak didaftarkan Nombor Telefon Bimbit. Oleh itu, anda perlu hadir ke Cawangan LHDNM bagi mendaftar Nombor Telefon Bimbit dengan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019 atau membuat kemas kini permohonan BSH 2019 dan mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit mulai 1 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019
  3. DALAM PROSES BAYARAN adalah merujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 dalam proses pengkreditan ke akaun mulai 28 Januari 2019

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2019

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 :-

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  4. Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
  5. Hubungan anak mestilah
    • a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
    • b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
    • c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
    • d) 18 tahun dan ke bawah atau
    • e) 19 tahun dan ke atas :
      • Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
      • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tidak Layak Memohon BSH

Mereka yang TIDAK LAYAK BSH adalah seperti berikut :-

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
    • Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  7. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
    • Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
    • Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
    • Motosikal yang melebihi 500cc
  8. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Maklumat Lanjut BSH

Untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT di:

  1. Hotline MOF :
    03-8882 4565 / 03-8882 4566
  2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM :
    1-800-88-2747  (Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m)
  3. Faksimili MOF :
    03-8882 3933
  4. Sekretariat MOF:
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Selamat membuat Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019 Online. Semoga permohonan bantuan anda berjaya diluluskan.

Artikel Berkaitan:

  • Semakan BR1M 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan
  • Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9 Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
  • Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 SPM
  • Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat
  • Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun
  • Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2019/ 2020 Online

Filed Under: Informasi

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Artikel

  • Keputusan PRK Semenyih Selangor 2019 (N24)
  • Senarai Pemain Pahang FA 2019 Skuad Tok Gajah
  • Senarai Pemain Selangor 2019 Skuad The Red Giants
  • Senarai Pemain Melaka United 2019 Liga Super Malaysia
  • Senarai Pemain Perak 2019 Skuad The Bos Gaurus
  • Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019
  • Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2019/ 2020 Online
  • Senarai Pemain JDT 2019 Johor Darul Ta’zim
Copyright © 2018 panduanmalaysia.com