Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 & 4 Secara Online.PKSK adalah singkatan kepada Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Ia merupakan satu kaedah pentaksiran standard yang digunakan untuk kemasukan murid ke sekolah-sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), MR SM dan Maktab Tentera Diraja (MTD). PKSK menilai pelbagai aspek termasuk akademik, kemahiran berfikir, pengetahuan am, dan kemahiran bahasa.
PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut. Mereka yang berjaya dalam ujian ini mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke sekolah yang dipohon.
Apa Itu PKSK?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu, Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus bagi sesi 2025/2026 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Dan Terkini, MR SM juga termasuk dalam kategori sekolah ini.
Single entry point bermaksud satu sistem application yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke Sekolah Khusus menggunakan padanan Modul Pengurusan Murid (SPATKPM). Semua murid yang didaftarkan di dalam Modul Pengurusan Murid (SPATKPM), layak untuk memohon dan menduduki PKSK. Modul Pengurusan Murid (SPATKPM) ialah satu sistem aplikasi pangkalan data murid secara dalam talian untuk menyimpan maklumat berkenaan murid.
PKSK terbahagi kepada tiga komponen iaitu:
Bahagian A (20%) : Kecerdasan Insaniah :
- Emotional Quotient (EQ)
- Spiritual Quotient (SQ)
- Soft Skills Quotient (SSQ)
Bahagian B (70%) : Kecerdasan Intelek (Intelligence Quotient (IQ) :
- Pengetahuan Am
- Penyelesaian Masalah
Bahagian C (10%) : Artikulasi Penulisan
Sila rujuk kepada grafik di bahagian bawah content untuk maklumat yang lebih jelas.
Semakan PKSK 2026 Online (Tingkatan 1 & 4)
Untuk membuat semakan pusat PKSK bagi calon Tingkatan 1 & 4, anda boleh menggunakan laman web khas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah maklumat penting dalam membuat semakan:
TARIKH SEMAKAN PUSAT PKSK 2026 | |
Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
12 September 2025 – 17 Oktober 2025 | 12 September 2025 – 3 Oktober 2025 |
APLIKASI SEMAKAN SECARA ONLINE | |
| |
PKSK akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah khusus. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan | |
TARIKH UJIAN PKSK DIADAKAN | |
Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
6 hingga 17 Oktober 2025 | 22 September hingga 3 Oktober 2025 |
PKSK akan dilaksanakan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara.
- a. Tingkatan Satu mulai pada 6 Oktober 2025
- b. Tingkatan Empat/ Tahun Satu (SVM) mulai pada 22 September 2025
Ujian hanya boleh dilaksanakan di pusat PKSK yang telah ditetapkan dan tidak boleh diadakan di rumah pemohon. Calon juga tidak boleh menukar tarikh, tempat dan masa menduduki PKSK dan pemohon hendaklah mematuhi tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan untuk menduduki ujian.
Persediaan Menduduki PKSK
Apakah persediaan yang perlu dibuat untuk menduduki PKSK?
Semua calon yang telah membuat application perlu:
- a. membuat semakan pusat PKSK di pautan https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan Empat/ Tahun Satu (SVM) Satu pada tarikh yang dinyatakan di atas
- b. mencetak slip menduduki PKSK untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
- c. membawa MyKid/ MyKad ke Pusat PKSK
- d. membawa set alat tulis *penggunaan kalkulator adalah pilihan
- e. jam pintar tidak dibenarkan
- f. memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
Grafik PKSK
Diucapkan selamat membuat Semakan. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dalam menjawab soalan PKSK dengan jayanya.