Contoh Soalan UKSBP (Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh)

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 03:29 PM

Ibu bapa dan pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sedia maklum akan perlunya pemohon untuk menghadiri Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh atau ringkasnya UKSBP pada tarikh yang telah ditetapkan. Semakan UKSBP 2019 boleh dibuat pada 5hb Oktober 2018 manakala tarikh UKSBP diadakan adalah dari 15 sehingga 18 Oktober 2018 di 207 pusat ujian yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, UKSBP adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja. UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.

Contoh Soalan UKSBP

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

UKSBP yang pertama kali diperkenalkan pada pengambilan tahun 2018 merupakan syarat pemilihan baru di mana murid perlu berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP. Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh juga berdasarkan merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).

Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Prosedur baharu yang diperkenalkan diharap dapat melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti.

Persediaan Menghadapi UKSBP

Dikongsikan dari FB SK Taman Warisan Puteri, murid adalah diingatkan untuk

  • 1. Bawa MYKAD
  • 2. Print slip kelayakan atau penempatan ke UKSBP yang dicetak dari laman sesawang KPM.
  • 3. Berpakaian uniform sekolah yg lengkap.
  • 4. Bawa alat tulis (calculator tidak digunakan tetapi boleh standby je)
  • 5. Hadir 45 minit lebih awal dari masa ujian dijalankan.
  • 6. 50 soalan objektif akan dijawab secara online. (ini berdasarkan UKSBP 2018)
  • 7. Pastikan anak mahir menggunakan komputer tanpa encik tikus (mouse). Sebab ada komputer yg tiada mouse. Ikut nasib
  • 8. Soalan dijana oleh komputer secara rawak.
  • 9. Sijil tidak perlu dibawa. Walau bagaimanapun, jika nak standby…simpan dulu dalam kereta.

Soalan terbahagi kepada 5 komponen:

  • A. IQ (kemampuan intelektual, rasional dan logik) : 10 SOALAN
  • B. EQ (Kemampuan emosi terhadap diri sendiri atau orang lain) : 10 SOALAN
  • C. SQ ( Kerohanian dan kemampuan jiwa menangani kehidupan seharian) : 10 SOALAN
  • D. SSQ (kemampuan ataukelebihan diri berinteraksi dengan orang lain) : 10 SOALAN
  • E. PENGETAHUAN AM. 10 SOALAN

JUMLAH: 50 SOALAN

* Komponen tersebut berdasarkan UKSBP ambilan 2018. Tertakluk kepada perubahan dari KPM untuk ambilan 2019

Contoh Soalan UKSBP

Berikut adalah diantara contoh soalan UKSBP yang dikongsikan oleh ibu bapa di laman sosial. Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif manakala untuk soalan pengetahuan am, murid perlu ambila tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi.

Untuk soalan matematik, soalan berdasarkan peratus, operasi bergabung, nisbah, sudoku.

Soalan berkaitan matematik, pengetahuan am, sukan, sejarah, sains, geografi dan sebagainya adalah diantara soalan yang ditanya kepada murid semasa ujian dijalankan.

  1. Pencipta Jalur Gemilang
  2. Bapa permodenan Malaysia
  3. Tarikh penubuhan Malaysia
  4. Labu sayong berasal dari negeri mana
  5. Adat Pepatih negeri mana
  6. Kuih tradisional Sarawak
  7. Produk keluaran Proton
  8. Preve adalah model kereta apa
  9. Tindakan jika anda dibuli oleh kawan
  10. Unit mengukur kekuatan gempa bumi
  11. Sinonim perkataan amalan
  12. Perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji pelajaran
  13. Berapakah wilayah di Malaysia
  14. Apakah yang perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan
  15. Apakah senjata kebesaran diraja
  16. Anda rosakkan calculator kawan, apakah tindakan anda
  17. Siapa pengasas Facebook
  18. Tindakan jika kawan Facebook mengajak temujanji
  19. Orang pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas
  20. Huraikan tentang Fotosentisis
  21. Kaum terbesar di Sabah
  22. Gelaran buat jaguh pecut basikal negara Azizulhasni Awang
  23. Nama pemain bolasepak Sepanyol
  24. Siapakah penjajah pertama Malaysia
  25. Siapakah cipta lampu
  26. Genting Highland terletak di mana
  27. Apakah tarian terkenal di Johor
  28. Siapakah cipta telefon
  29. Siapakah cipta kapal terbang
  30. Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat
  31. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda
  32. Apakah nama ibu negara Malaysia
  33. Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa
  34. Beryl jenama apa
  35. Le tour de langkawi sukan apa
  36. Kalau tak sesuai duduk di asrama nak buat apa
  37. Anda dah siapkan 3 muka surat kerja maths tetiba adik umur 8 tahun koyakkan, apakah tindakan anda
  38. Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda
  39. Kalau tersepak bola kena tingkap nak buat apa
  40. Soalan-soalan sudoku
  41. Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa
  42. Apakah tahun selepas 2 dekad berdasarkan tahun yang diberi
  43. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa
  44. Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
  45. Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang
  46. Wau dari mana?
  47. Pulau Pangkor terletak di mana?
  48. Kalau bendera jatuh, apa nak buat?

Salah satu daripada soalan UKSBP :-

Jika kawan kamu kejut kamu ke tandas pada pukul 2 pagi. Apa tindakan kamu?

  • A. Teman kawan ke tandas
  • B. Abaikan kawan kamu dan tidur semula
  • C. Suruh kawan tahan berak dan pergi tandas esok pagi
  • D. Segera teman kawan ke tandas

Nota : Contoh soalan adalah dari pelbagai sumber di laman sosial dan internet

Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP. Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Semoga perkongsian contoh soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) boleh dijadikan panduan buat murid yang bakal menduduki Ujian pada 15 hingga 18 Oktober nanti.