Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Barang Keperluan Asrama Kolej Vokasional

Senarai Barang Keperluan Masuk Asrama Kolej Vokasional. Anda berjaya masuk ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik tetapi tidak tahu senarai barang keperluan masuk asrama? Ianya juga berbeza dengan barangan keperluan ke sekolah. Sebelum mendaftar ke Kolej, berikut di antara barang keperluan di asrama kolej Vokasional yang perlu disediakanĀ  seperti dikongsikan oleh KV Sungai Buloh. Ada diantara barangan yang disenaraikan mungkin ada dijual di Koperasi Sekolah.

Berikut disenaraikan Senarai Barang Keperluan Asrama Kolej Vokasional yang perlu disediakan SEBELUM hari pendaftaran oleh semua pelajar dan keperluan asrama bagi pelajar yang ditawar tempat asrama sahaja Mungkin terdapat sedikit perbezaan tentang barang keperluan terutama warna tudung, pakaian rasmi dan sebagainya. Sila rujuk Kolej Vokasional masing-masing untuk pengesahan barangan.

hostel

Senarai Barang Keperluan Asrama

Berikut adalah senarai jenis barang keperluan semasa berada di asrama. Barang adalah bergantung kepada keperluan sesuatu asrama :-

Bil. Barang Keperluan Jantina (Lelaki & Perempuan) Jumlah
1 Pakaian Seragam Kolej L & P 2 pasang
2 Stoking hitam (tanpa tanda jenama) L & P 2 pasang
3 Kasut Sekolah Warna Hitam (kulit /PVC/ Kanvas) L & P 2 pasang
4 Tudung Kepala Warna Putih P 2 helai
5 Kasut Sukan Warna Putih L & P 1 pasang
6 Alatan tulis (pen, pensil dan sebagainya) L & P Mengikut keperluan
7 Selipar Getah, Tuala Mandi, Penyangkut Baju L & P Mengikut keperluan
8 Baju Tidur L & P 1 pasang
9 Garpu dan sudu L & P 1 pasang
10 Surah Yasin (pelajar Islam) L & P 1 buah
11 Alatan Permainan (seperti raket badminton, tenis ) L & P Jika perlu
12 Selimut L & P 1 helai
13 Pakaian Melayu Lengkap Warna putih (Pelajar Islam) – Tanpa sampin L 1 pasang
14 Kain Pelekat/ Sarung (Pelajar Islam) L & P 2 helai
15 Songkok Hitam (pelajar Islam) L 1 buah
16 Keperluan Mencuci Pakaian (Sabun, berus) L & P Mengikut keperluan
17 Tudung Kepala Lain-Lain Warna P 2 helai
18 Telekung (pelajar Islam) P 1 pasang
19 Bantal L&P 1biji
20 Track Bottom (Biru tua / hitam) L&P 2 helai
21 Kemeja T berkolar warna putih (Lelaki: Lengan Pendek, Perempuan Lengan panjang) L&P 2 helai

Lain-lain barang yang diperluukan semasa di asrama termasuk berus dan ubat gigi, sikat, ketip kuku, bedak, minyak rambut, tuala, shaver dan sebagainya.

Barangan Yang Di Larang Di Bawa Ke Asrama

Berikut juga dikongsikan antara barangan yang dilarang dibawa ke asrama.

  • i. Telefon bimbit (telefon awam disediakan di sekitar asrama, kad i-talk ada dijual di koperasi sekolah / Telefon bimbit merupakan punca utama kecurian, pergaduhan, ugutan,buli di asrama). Juga dilarang di abwa adalah MP4, Laptop dan barangan berharga
  • ii. Alat pemanas air/water heater. (Berlaku litar pintas dan boleh menyebabkan kebakaran bilik / bangunan)
  • iii. Membawa barang-barang kemas dan pakaian yang berharga mahal.(pakaian berjenama seringkali berlakunya kehilangan/kecurian dan pecah loker).
  • iv. Membawa senjata tajam yang boleh menyebabkan kecederaan. (Kegiatan vandalisme dan pergaduhan mudah berlaku).
  • v. Tali pinggang yang yang berkepala besar melebihi 30mm (punca pergaduhan menggunakan talipinggang).
  • vi. Semua jenis seluar jeans / baldu.
  • vii. Pakaian yang tidak sopan T-shirt bergambar atau melambangkan parti politik / kumpulan muzik dan lain-lain
  • viii. Buku-buku dan bahan-bahan berunsur lucah / judi.
  • ix. Lain-lain barangan yang terlarang

Tahniah kepada mereka yang berjaya ke Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik. Semoga Senarai Barang Keperluan Asrama KV dan SMT ini dapat memudahkan anda dalam menyiapkan kelengkapan semasa mendaftar nanti.