Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1 Dan 4

Senarai Mata Pelajaran Dan Aliran SBP Tingkatan 1 Dan 4 Terkini 2018.  Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna. Ianya bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Apakah Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1 Dan 4?

SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.

  • Permohonan SBP 2018 klik Tingkatan 1 dan 4
  • Syarat permohonan SBP : Klik Syarat Kemasukan Tingkatan 1 dan FAQ SBP 2018
  • SBP Terbaik klik Top Ranking SBP

Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP Tingkatan 1 Dan 4

Berikut dikongsikan Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran yang ada ditawarkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4.

A. Tingkatan 1 (Satu)

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP adalah seperti berikut. Terdapat 3 aliran iaitu Sains, Agama dan KBT (TMUA).

1. SAINS

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  5. Matematik
  6. Sains
  7. Geografi
  8. Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  9. Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

2. AGAMA

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab
  4. Sejarah
  5. Pendidikan Islam
  6. Matematik
  7. Sains
  8. Geografi
  9. Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  10. Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis /Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

3. KBT (TMUA)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Arab
  4. Sejarah
  5. Pendidikan Islam
  6. Matematik
  7. Sains
  8. Geografi
  9. Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
  10. Hifz Al-Quran
  11. Maharat Al-Quran
  12. Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)

B. Tingkatan 4 (Empat)

Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat (4) SBP adalah seperti berikut. Terdapat 5 aliran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial.

1. SAINS TULEN

  1. B. Melayu
  2. B. Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pend. Islam / Pend. Moral
  5. Matematik
  6. Matematik Tambahan
  7. Fizik
  8. Kimia
  9. Biologi

2. SAINS TULEN AGAMA

  1. B. Melayu
  2. B. Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. B. Arab
  6. Pend. AlQuran dan Sunnah
  7. Pend. Syariah Islamiah
  8. Matematik Tambahan
  9. Fizik
  10. Kimia
  11. Biologi

3. SAINS TEKNIKAL

  1. B. Melayu
  2. B. Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pend. Islam / Pend. Moral
  5. Matematik
  6. Lukisan Kejuruteraan
  7. Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian Kejuruteraan
  8. Matematik Tambahan
  9. Fizik
  10. Kimia

4. AGAMA IKHTISAS

  1. B. Melayu
  2. B. Inggeris
  3. Sejarah
  4. Matematik
  5. Sains
  6. B. Arab
  7. Pend. AlQuran dan Sunnah
  8. Pend. Syariah Islamiah
  9. Prinsip Perakaunan
  10. Ekonomi Asas
  11. Matematik Tambahan

5. SAINS SOSIAL

  1. B. Melayu
  2. B. Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pend. Islam
  5. Matematik
  6. Sains
  7. Prinsip Perakaunan
  8. Ekonomi Asas
  9. Matematik Tambahan

Semoga perkongsian Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1 Dan 4 bermanfaat buat semua pelajar. Moga boleh dijadikan panduan dalam memilih aliran SBP yang dihajati dan diminati.