Senarai Pemain Negeri Sembilan FC 2025 – 2026 Skuad Jang

Senarai Pemain Negeri Sembilan FC 2025 – 2026. Skuad Jang atau NS FC telah membuat perubahan besar dalam pembentukan pasukan baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2025-2026, dengan hanya mengekalkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka lama. Ianya susulan selepas gagal mencapai sasaran ditetapkan pada musim lalu di mana mereka hanya menamatkan saingan di tangga ke-12 daripada 13 pasukan yang bersaing dalam Liga Super.

Difahamkan pengurusan kelab sedang merancang untuk membawa masuk lebih ramai pemain dari Jepun susulan prestasi terbaik dipamerkan perancang bahagian tengah, Takumi Sasaki, pada musim pertamanya bersama skuad Hobin Jang Hobin. Ketua jurulatih NSFC, Nidzam Jamil, juga berjaya menambah kekuatan di jentera tengah dengan kehadiran pemain Ghana, Alex Agyarkwa yang menyertai pasukan secara pinjaman semusim dari pasukan The Red Giants.

Gabungan pemain muda, tempatan berpengalaman dan import berkaliber dijangka membentuk skuad yang lebih kompetitif untuk menghadapi cabaran Liga Super musim depan. Pendekatan holistik ini turut memperlihatkan keseriusan kelab dalam memperkasa pembangunan jangka panjang bola sepak Negeri Sembilan.

Fokus ini turut disokong dengan pelantikan barisan pemain utama dan berpotensi tinggi termasuk Luqman Hakim Shamsudin, penjaga gol Azri Ghani, serta pemain pertahanan kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee. Skuad Jang turut menandatangani pemain baharu yang lain seperti Ariff Ar-Rasyid selain mengekalkan Takumi Sasaki, Harith Samsuri dan A.Selvan.

Jersi Baru NS FC 2025 -2026

Warrix Sport Malaysia telah menggunakan elemen bunga lada sebagai elemen penting dalam corak jersi Negeri Sembilan kali ini. Untuk makluman bunga lada adalah bunga rasmi Negeri Sembilan sejak tahun 2020.

Kit “Home” musim ini kekal dengan kombinasi warna tradisi Negeri Sembilan iaitu merah, kuning dan hitam. Rekaan ini dihiasi dengan tipografi ikonik “Ini Paroi Jangan Main” pada bahagian dalam kolar, merujuk kepada Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, gelanggang keramat skuad Jang. Turut ditampilkan tenunan corak bunga lada, bunga rasmi Negeri Sembilan sebagai elemen budaya yang memperkukuh identiti pasukan.

Sementara itu, kit “Away” membawa mesej penghargaan kepada penyokong setia dengan tipografi “Sekalian Yang Setia”. Ia tertera kemas sebagai simbol ikatan emosi antara pasukan dan peminat. Kit ini dilengkapkan dengan perincian warna kuning, hitam dan merah pada label belakang jersi, serta mengekalkan tenunan corak bunga lada sebagai elemen penyatu dengan jersi Home.

Jersi baharu ini bukan sahaja menampilkan keunikan rekaan, malah menyampaikan naratif yang kuat tentang jati diri Negeri Sembilan, semangat perjuangan, serta kebanggaan terhadap warisan negeri.

Senarai Pemain Negeri Sembilan FC 2025 -2026 Skuad NS FC

Berikut adalah senarai pemain skuad NS FC 2025 – 2026 (skuad Jang) untuk musim Liga Malaysia 2025 – 2026.

Secara keseluruhannya, NS FC akan beraksi dengan lapan (8) pemain import iaitu Joseph Esso dan Alex Agyarkwa (Ghana), Mio Tsuneyasu dan Takumi Sasaki (Jepun), An Sang Su (Korea Selatan), Luis Enrique Nsue (Equatorial Guinea), Wai Lin Aung (Myanmar) dan Jovan Motika (Bosnia).

Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa dimana senarai rasmi boleh dirujuk di Facebook NSFC1923 & Portal Rasmi NS FC.

 SENARAI PEMAIN NEGERI SEMBILAN FC 2025 – 2026
NO

PENJAGA GOL

1Syahmi Adib Haikal (U23) √
22Aqil Abdul Razak √
30Azri Ghani √
NO

PERTAHANAN

3Azrin Afiq Rusmini (U23) √
4Harith Samsuri √
5Luis Enrique Nsue (Import Equatorial Guinea) √
13Zainal Abidin Jamil √
15Hariz Kamarudin √
18Khuzaimi Piee (Kapten) √
25Anwar Ibrahim √
28Ariff Ar-Rasyid Ariffin √
29Syed Zaris Irfan (U23) √
17Hakimi Abdullah √

Senarai pemain NS FC untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

6Zahril Azri Zabri √
7Takumi Sasaki (Import Jepun) – Kapten √
8Wai Lin Aung (Import Myanmar) √
12Afiq Fitri Jefry (U23) √
14An Sang-su (Import Korea Selatan) √
16A. Selvan √
20Mio Tsuneyasu (Import Jepun) √
21Haiqal Haqeemi Hairi (U23) √
24Alex Agyarkwa (Import Ghana) √
35Muhammad Haiqal Danish Khairul Nizam (U23) √
39Muhammad Noor Adil Zailani (U23) √
NO

PENYERANG (FORWARDS)

9Jovan Motika (Import Bosnia & Herzegovina) √
10Luqman Hakim Shamsudin (U23) √
11Joseph Esso (Import Ghana) √
19N. Javabilaarivin √
27Hadin Azman √
33Zaim Iqbal Zulkarnain (U23) √

Media Sosial Rasmi NSFC

Semoga senarai pemain Negeri Sembilan FC 2025-2026 ini mampu menaikkan nama skuad Jang dalam arena bola sepak di Malaysia tahun ini.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor