Panduan terkini dikemaskini pada

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah. Berikut dikongsikan Contoh Soalan dan Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 5.

Tema/Tajuk 8.2 : Kerajaan Islam Di Madinah

(Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 bab 5)

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;

  • I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar,majalah, risalah, internet dan lain-lain
  • II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks,buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan
  • III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan

Skema Jawapan Kerajaan Islam Di Madinah (Sejarah Kertas 3 SPM Bab 5 Tingkatan 4)

Soalan : Huraikan pembentukan Kerajaan Islam di Madinah dan menghubungkaitkannya dengan Kerajaan Malaysia pada hari ini.

Peringkatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

KERANGKA JAWAPAN

FORMAT PERINCIAN MARKAH
 PENGENALAN

Memahami latar belakang kerajaan Islam Madinah

1. Jelaskan latar belakang negara kota Madinah di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam  5M
 ISI DAN HURAIAN

Memahami konsep dan tujuan hijrah

2. Konsep Hijrah dan kepentingannya.

Huraikan konsep, tujuan dan kepentingan Hijrah.

i. Konsep Hijrah. (5 M)

ii. Sebab dan tujuan Hijrah. ( 5 M)

iii. Kepentingan Hijrah ( 20M )

 30M
 Menganalisis aspek-aspek penting kandungan Piagam Madinah dengan Perlembagaan Malaysia 3. Aspek-aspek penting Piagam Madinah.

Jelaskan kandungan Piagam Madinah

 15M
 Mengaplikasikan matlamat Malaysia ke arah menjayakan konsep IMalaysia. Atau Mengaplikasikan hubungkait Piagam Madinah dengam Perlembagaan Malaysia 4. Langkah-langkah ke arah menjayakan konsep 1Malaysia masyarakat Malaysia.

Cadangakan langkah-langkah untuk menjayakan konsep IMalaysia. Atau Hubungkaitkan kandungan Piagam Madinah dengan situasi negara kita pada hari ini

 10M
 Menilai kejayaan Negara Malaysia menerusi perpaduan kaum 5. Kejayaan Malaysia

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara menerusi perpaduan kaum

 10M
 Mencipta/ Menjana idea menjadikan Malaysia ke arah keamanaan dan keharmonian negara 6.Cabaran dan langkah:

i) Jelaskan cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara . (5M)

ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ( 5M )

 10M
 Menghayati Nilai-nilai murni / iktobar daripada aspek perpaduan kaum 7. Nilai-nilai daripada aspek perpaduan kaum

Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar yang diperolehi daripada perpaduan kaum

 10M
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan 8.Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh iktibar kepada diri, Bangsa dan Negara. Harapan untuk perpaduan kaum di Malaysia yang lebih cemerlang

9. Kesimpulan

 5M
5M

Berikut adalah cadangan/ skema jawapan Kerajaan Islam di Madinah untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 Bab 5:-

  • Huraikan pembentukan Kerajaan Islam di Madinah dan menghubungkaitkannya dengan Kerajaan Malaysia pada hari ini. Bincangkan

CADANGAN JAWAPAN

1. PENGENALAN

(a) Pengenalan /Latar belakang Kota Madinah
  • Yathrib
  • Bandar bercahaya
  • Hijaz
  • Utara Makkah
  • Pusat perdagangan-Strategik
  • Di tengah-tengah perjalanan antara Makkah dan Syam
  • Nasrani
  • Yahudi
  • Arab
  • Aus /Khazraj
  • Bani Qainuqa/Nadir/Quraizah
  • Kurang aman
  • Pergeseran suku Arab
  • Penguasaan ekonomi Yahudi
  • Ditadbir oleh kerajaan Arab Saud
  • 5 Markah

2. KONSEP HIJRAH

i) Konsep Hijrah ( 5 markah )
  • berpindah
  • perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
  • perpindahan orang Islam
  • dari Kota Makkah ke Madinah
  • Memperkukuh kedudukan Islam
  • Strategi menyebarkan Islam
  • Perjuangan
  • Menegakkan kebenaran
  • Meninggalakkan keburukan/kejahatan
  • Semangat ingin berubah
  • Perubahan sikap
  • Perubahan cara berfikir
  • Perubahan tingkah laku

ii) Tujuan (MS 121)  ( 5 markah )

iii) Kepentingan (MS 122 – 124)  ( kepentingan Hijrah 20 markah )

3. ASPEK PENTING PIAGAM MADINAH

  • Nabi Muhammad s.a.w- dilantik sebagai pemimpin di Madinah
  • Perdana Menteri dipilih melalui sistem pilihanraya
  • Nabi Muhammad s.a.w adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam
  • Di Malaysia ,hakim adalah orang yang dilantik Yang Dipertuan Agong
  • Perlembagaan Madinah dibentuk sebelum pembentukan Madinah.
  • Perlembagaan Malaysia dibentuk sebelum merdeka
  • Perlembagaan Madinah ,masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing
  • Perlembagaan Malaysia turut memberikan konsep kebebasan beragama
  • Perlembagaan Malaysia menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi
  • Perlembagaan Madinah, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.
  • Perlembagaan Malaysia menetapkan warganegara Malaysia sebagai rakyat negara Malaysia
  • Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
  • Masyarakat Malaysia digalakkan bersatu padu dan bekerjasama
  • Piagam Madinah undang-undnag Islam digunapakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
  • Di Malaysia ,undang-undang sivil menjadi teras tetapi undang-undang syariah juga digunakan untuk orang-orang Islam
  • Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara
  • Kerjasama antara masyarakat Malaysia juga turut dituntut memajukan ekonomi negara
  • Di Madinah, unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan
  • Di Malaysia, rakyat diberi pilihan mengamalkan sistem ekonomi yang bebas riba
  • Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
  • Semua rakyat Malaysia dikehendaki bekerjasama mempertahankan negara daripada ancaman luar (RELA,Wataniah)
  • Keselamatan orang bukan Islam ( khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah
  • Keselamatan warganegara dan warga asing yang berada di Malaysia terjamin mereka mematuhi undang-undang dan perlembagaan Malaysia. (mana-mana yang munasabah

15 Markah

Contoh soalan dan Skema Jawapan Kertas 3 Sejarah bertajuk Kerajaan Islam di Madinah :-

4. KONSEP 1MALAYSIA

4. Langkah-langkah ke arah menjayakan konsep1 Malaysia masyarakat Malaysia.
  • Mengukuhkan perpaduan rakyat
  • Merealisasikan Wawasan 2020
  • Merealsasikan Falsafah Pendidikan Negara
  • Meningkatkan mutu pendidikan
  • MBMBI
  • Menghayati Rukun Negara
  • Menghayati Perlembagaan Malaysia
  • Pendidikan sepanjang hayat
  • Mengukuhkan jati diri
  • Menerapkan integriti
  • Memperkasakan sekolah wawasan
  • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
  • Menghormati agama lain
  • Menjadikan minda rakyat kelas pertama
  • Mana-mana jawapan yang munasabah

15 Markah

5. KEJAYAAN MALAYSIA

5. Kejayaan Malaysia
  • Kestabilan politik
  • Kemajuan pendidikan
  • Kebebasan beragama
  • Kebebasan mengamalkan kebudayaan pelbagai kaum

(Mana-mana yang munasabah) 10 Markah

6. CABARAN DAN LANGKAH

Cabaran (5 markah)
  • Masalah perpaduan
  • Persaingan ekonomi dunia
  • Kekurangan tenaga mahir
  • Masalah kemiskinan
  • Ancaman dadah
  • Penyalahgunaan laman sesawang
  • Kemasukan orang asing
  • Ancaman liberalisme Barat
  • Keruntuhan akhlak

Langkah (5 markah)

  • Memperkukuhkan perpaduan rakyat
  • Meningkatkan kerjasama
  • Mengamalkan toleransi
  • Hormat-menghormati
  • Menjayakan konsep 1Malaysia

(Mana-mana yang munasabah)

Seterusnya, Skema jawapan Kerajaan Islam di Madinah adalah melibatkan nilai dan iktibar.

7. NILAI DARIPADA ASPEK PERPADUAN KAUM

Nilai-nilai daripada aspek perpaduan kaum :-
  • Memanfaatkan kurniaan Tuhan
  • Mengekalkan tradisi
  • Berani menghadapi cabaran
  • Bersatupadu
  • Bekerjasama
  • Hormat-menghormati
  • Toleransi
  • Jatidiri
  • Berdaya saing
  • Berani mempertahankan negara
  • Menghormati lambang negara
  • Bangga sebagai rakyat Malaysia

(mana-mana yang munasabah) 10 markah

8. IKTIBAR

  • Pengetahuan yang diperoleh
  • Kepada diri, bangsa dan Negara
  • Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

5 markah

Moga perkongsian Skema Jawapan Kerajaan Islam di Madinah boleh membantu pelajar dalam membuat persiapan untuk menjawab Soalan Kertas 3 Sejarah SPM.