Senarai Rasmi Pemain Sabah FC 2025 – 2026. Kelab bola sepak Sabah (Sabah FC) akan beraksi di Liga Super Malaysia musim ini selepas menduduki tangga ketiga pada aksi Liga Super musim lepas. Pasukan bimbingan ketua jurulatih, Martin Stano beraksi cemerlang namun gagal memintas pasukan tangga kedua, Selangor FC untuk slot ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.
Kelab bola sepak Sabah (Sabah FC) pada hujung tahun lepas telah mempamerkan logo rasmi baharu menerusi akaun Facebook miliknya dan merupakan hasil karya peminat, Firzaruddin Zainal Abiddin yang dipilih daripada satu pertandingan.
Logo berbentuk bulat berasaskan warna rasmi bendera negeri Sabah iaitu merah, putih dan tiga ‘shade’ biru memaparkan Gunung Kinabalu sebagai simbol utama dengan perkataan ‘Sabah Football Club’ selain simbol bola sepak dengan bunga padi.
Senarai Pemain Sabah FC 2025 – 2026 Skuad Sang Badak (Liga Super)
Beraksi di Liga Super memerlukan Sabah untuk memilih pemain-pemain terbaik bagi memberikan saingan kepada pasukan hebat seperti JDT, Selangor FC, Terengganu FC dan pendatang baharu dari Brunei iaitu DPMM FC.
Sabah FC mengekalkan 15 pemain musim lalu bagi membawa cabaran skuad The Rhinos bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia 2025/2026.
Antara yang dikekalkan termasuklah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat; Damien Lim; lima pemain pertahanan iaitu Dominic Tan; Rawilson Batuil; pemain import Gabriel Peres; Daniel Ting dan Dines Rajasingam.
Turut dikekalkan beberapa pemain tengah, antaranya Stuart Wilkin; Gary Steven; Farhan Roslan dan pemain import Miguel Cifuentes.
Selain itu, turut kekal adalah penyerang Darren Lok; Kumaahran dan Jafry Chew selain tiga pemain import baharu iaitu Ajdin Mujagic (penyerang); Dean Pelekanos (pemain tengah) dan Dane Ingham (pertahanan).
Seorang lagi pemain warisan Fergus Tierney turut disenaraikan Sabah musim ini bagi menguatkan bahagian serangan.
Sabah turut memanggil semula penjaga gol Ramzi Mustakim selain menambah seorang lagi penjaga gol baharu Azlizan Azlan yang sebelum ini menyertai pasukan Sabah FC bawah 23 tahun.
Sementara itu, tujuh pemain bawah 23 tahun turut disenaraikan musim baru antaranya, Rozacklye Yanam; Fakrul Iman; Rusdi Roslan; Shahrol Nizam. Ritchie Svenson; Harith Naem dan Azhad Harraz
Berikut adalah senarai pemain skuad Sabah FC 2025 (skuad Sang Badak) untuk musim Liga Malaysia 2025 – 2026 beserta nama, posisi dan no jersi.
Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa dimana senarai rasmi boleh dirujuk di Facebook Sabah FC.
SKUAD SABAH FC 2025 – 2026 | |||
NO | PENJAGA GOL | ||
19 | Khairul Fahmi Che Mat. | ||
31 | Damien Lim. | ||
– | Azlizan Azlan | ||
– | Ramzi Mustakim | ||
NO | PERTAHANAN | ||
3 | Rawilson Batuil. | ||
4 | Gabriel Peres (Import Brazil). | ||
5 | Daniel Ting. | ||
13 | Dinesh Rajasingam | ||
33 | Dominic Tan (Kapten) | ||
72 | Harith Naem. | ||
– | Ritchie Svenson. | ||
– | Rozacklye Yanam. | ||
23 | Dane Ingham (Import New Zealand). |
Senarai pemain untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-
NO | TENGAH (MIDFIELD) |
10 | Miguel Cifuentes (Import Sepanyol). |
8 | Farhan Roslan. |
20 | Gary Steven Robbat. |
22 | Stuart Wilkin. |
– | Rusdi Roslan |
– | Fakrul Iman |
14 | Dean Pelekanos (Import Australia). |
NO | PENYERANG (FORWARD) |
11 | Jafri Firdaus Chew. |
12 | S. Kumaahran. |
28 | Darren Lok. |
30 | Shahrol Nizam |
50 | Maxsius Musa |
15 | Fergus Tierney. |
– | Ajdin Mujagic (Import Bosnia) |
– | Azhad Harraz. |
Media Sosial Sabah FC
Semoga senarai pemain Sabah FC 2025 – 2026 ini mampu mengembalikan semula kegemilangan Sabah sebagai salah satu pasukan yang digeruni dalam arena bola sepak di Malaysia tahun ini.