Permohonan SMA Terengganu Dan Semakan Keputusan SMANT 2026 Online. Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa sanggup berbelanja demi masa depan anak mereka. Sesetengah ibu bapa inginkan anak mereka mahir dalam ilmu agama, maka mereka menghantar anak mereka menimba ilmu di sekolah aliran agama. Oleh itu, berita baik buat ibu bapa terutamanya yang tinggal di Terengganu. Anda kini boleh menghantar anak anda ke Sekolah Menengah Agama Terengganu. Lebih menarik, permohonan kini boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Permohonan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu dan juga Madrasah Moden MAIDAM merupakan aplikasi laman sesawang yang dibangunkan oleh Unit ICT JHEAT dan di bawah kendalian Bahagian Pendidikan. Permohonan dibuka kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke Sekolah Menengah Agama untuk kemasukan ke tingkatan 1, 4 dan juga 6. Aplikasi ini dapat memudahkan ibu bapa dengan hanya melayari laman sesawang rasmi SMA Terengganu dan pilih kategori yang berkaitan untuk membuat permohonan.
Tidak seperti sekolah harian yang lain, kemasukan ke SMA Terengganu ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh pemohon. Antaranya adalah perlu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam akedemi untuk melayakkan diri menjadi pelajar di SMA Terengganu. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi SMA Terengganu. Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke SMA semakin meningkat. Ini menunjukkan reputasi baik SMA hingga mendapat kepercayaan dari ibu bapa.
Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMANT) 2026 Online
Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan ke SMA Terengganu dan tarikh-tarikh penting permohonan SMA Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan. Kemasukan ke SMANT ambilan tahun 2026 adalah melibatkan Sekolah Menengah Agama (SMA), Madrasah Moden Terengganu (MMT) & Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI).
Tarikh Penting Permohonan SMA Terengganu 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1
Dibuka : 4 September 2025
Ditutup : 4 Oktober 2025
Borang Permohonan SMA Terengganu 2025
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan kemasukan ke SMA Terengganu
PERMOHONAN KEMASUKAN KE SMA TERENGGANU ONLINE
- Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat check status permohonan
- Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport
- Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI
Permohonan adalah untuk kemasukan ke sekolah-sekolah berikut :-
i) Sekolah Menengah Agama (Asrama Penuh)
- 1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu
- 2. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
- 3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
- 4. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus (pengambilan murid lelaki sahaja)
- 5. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu (pengambilan murid perempuan sahaja)
ii) Sekolah Menengah Agama Harian
- 1. Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu (pengambilan murid perempuan sahaja)
- 2. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu (pengambilan murid lelaki Sahaja)
- 3. Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
- 4. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
- 5. Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
- 6. Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
- 7. Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
- 8. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
- 9. Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu
Syarat Kelayakan Permohonan SMANT
Ibu bapa dan pemohon, sila pastikan anda melepas syarat kelayakan sebelum memohon.
Syarat umum kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:
- Calon warganegara Malaysia & rakyat Terengganu
- Calon mestilah lahir di Terengganu;
- Ibu atau / dan bapa lahir di Terengganu;
- Ibu bapa telah bermastautin di Terengganu dan mempunyai niat serta bukti akan terus tinggal di Terengganu
- Berumur 13 tahun pada tahun semasa
- Calon yang lahir pada pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik
- Calon mestilah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik yang boleh menghalang terlibat aktiviti sekolah dan asrama
- Telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2024
- Calon telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2024 atau sekurang-kurang mempunyai Sijil Kelas Fardu Ain lain yang setara.
- Calon yang memperoleh keputusan terbaik akan diberi keutamaan
- Mengemukakan permohonan secara atas talian melalui laman web ditetapkan
- Calon mestilah membuat pengisian borang permohonan secara atas talian
- Calon-calon dari :
- Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)
- Sekolah Kebangsaan (SK)
- Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR)
- Sekolah Rendah Agama Swasta
- Bersetuju menerima mana-mana SMANT yang ditawarkan oleh JPINT
- Lulus ujian dan temu duga dijalankan oleh JPINT
Syarat khusus kemasukan mestilah memperolehi result UPKK atau setara mengikut sekolah – sekolah pilihan berikut :
KEMASUKAN KE SEKOLAH | KRITERIA KHUSUS |
Kemasukan ke SMA(A)SZA | Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMIDI Dungun & SMIDI Kuala Nerus | Memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 8 Mumtaz (6 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 7A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara |
Kemasukan ke SMA Khairiah | Memperoleh sekurang-kurangnya 6A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMASZA Ladang | Memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMIDI Besut & SMIDI Hulu Terengganu | Memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK atau sekurang-kurangnya 5 Mumtaz (3 Mumtaz subjek agama & 2 Mumtaz subjek umum) dalam UPSRI atau sekurang-kurangnya 5A subjek agama dalam percubaan SPPIM/setara |
Kemasukan ke SMA Maarif, SMA Sultan Ismail, SMA Mahmudiah & SMA Marang | Memperoleh sekurang-kurangnya 2A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMA Al-Falah | Memperoleh sekurang-kurangnya 1A dalam UPKK |
Kemasukan ke SMA Ittifakiah & SMA Setiu | Terbuka kepada semua calon yang memenuhi kriteria-kriteria umum |
Tarikh Penting Permohonan SMA Terengganu 2026
Tarikh | Perkara |
4 September 2025 | Permohonan ke SMA Negeri Terengganu dibuka |
4 Oktober 2025 | Permohonan ke SMA Negeri Terengganu ditutup |
9 Oktober 2025 | Semakan panggilan ujian bertulis |
25 Oktober 2025 | Pelaksanaan ujian bertulis SMANT |
6 November 2025 | Semakan panggilan temuduga bagi kemasukan ke SMA Negeri Terengganu |
15 November 2025 | Pelaksanaan Temu duga |
26 Disember 2025 – 8 Januari 2026 | Semakan keputusan tawaran & rayuan |
6 – 11 Januari 2026 | Semakan keputusan rayuan |
13 Januari 2026 | Pendaftaran pelajar dan mula persekolahan |
Semakan Keputusan SMANT 2026 Online : Ujian Bertulis, Temuduga & Tawaran/ Rayuan
Pemohon boleh merujuk tarikh-tarikh penting berikut sebagai panduan untuk memastikan proses permohonan kemasukan ke SMA Negeri Terengganu 2026 berjalan lancar:
Tarikh-Tarikh Ujian Kelayakan SMANT 2026 Online | |||
Semakan Panggilan Ujian Bertulis/ Pelaksanaan Ujian | 9 Oktober 2025/ 25 Oktober 2025 | ||
Semakan Panggilan Temuduga/ Pelaksanaan Temuduga | 6 November 2025/ 15 November 2025 |
Ujian berkenaan merangkumi penilaian perkara-perkara berikut :
KERTAS 1 : Ujian Diniyyah (60 MARKAH)
- Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muassirah – 20 soalan
- Al-Syariah – 15 soalan
- Usul Al-Din – 15 soalan
- Menulis Jawi – 10 soalan
KERTAS 2 :Ujian Umum (40 MARKAH)
- Bahasa Melayu – 15 soalan
- Matematik – 15 soalan
- Sains – 15 soalan
- Bahasa Inggeris – 15 soalan
Semakan Keputusan Tawaran SMANT 2026 Online
Berikut adalah tarikh penting di mana calon boleh membuat semakan keputusan tawaran SMANT samada layak atau tidak.
Tarikh Semak Tawaran & Rayuan | |||
Tarikh | 26 Disember 2025 – 8 Januari 2026 |
Calon yang gagal boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh 26 Disember 2025 – 8 Januari 2026. Keputusan Rayuan akan dimaklumkan pada tarikh 6 – 11 Januari 2026.
Semakan keputusan tawaran boleh disemak melalui pautan di bawah.
Pautan Semakan Keputusan | |||
SMAonline (Akan dikemaskini) |
Pendaftaran Kemasukan SMA Terengganu 2026
Tarikh pendaftaran kemasukan ke SMANT bagi tahun 2026 adalah pada tarikh berikut :
Pendaftaran SMANT 2026 | |||
Tarikh | 13 Januari 2026 |
Maklumat lanjut sila rujuk kepada grafik di bawah ini
Maklumat Lanjut & Cara Hubungi
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan, sila rujuk hubungi :-
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk,(Asrama Penuh)
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu.
Sekolah Menengah Agama Khairiah,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Tel : 09-630100 Faks : 09-6312063
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-6221618 Faks : 09-6313069
Sekolah Menengah Agama Marang
21600 Marang, Terengganu.
Tel : 09-6182226 Faks : 09-6182500
Sekolah Menengah Agama Maarif,
Kampung Raja,
22200 Besut, Terengganu
Tel : 09-6955300 Faks : 09-6955301
Sekolah Menengah Agama Ittifakiah
22000 Jerteh, Terengganu.
Tel : 09-6972244 Faks : 09-6902400
Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail
Jalan Nibong, 23000 Dungun,
Terengganu.
Tel : 09-8422400 Faks : 09-8422402
Sekolah Menengah Agama Setiu
Putera Jaya, Bandar Permaisuri,
22100 Setiu, Terengganu
Tel : 09-6097521 Faks : 09-6097012
Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
Hulu Terengganu.
Tel : 09-6811326 Faks : 09-6817907
Sekolah Menengah Agama Al-Falah
Kemaman, Terengganu
Tel : 09-8591515 Faks : 09-8584535
Madrasah Moden MAIDAM Kuala Nerus
KM 21, Wakaf Tengah, 21030 Kuala Nerus
Tel : 09-6694426 Faks : 09-6694432
Madrasah Moden MAIDAM Hulu Terengganu
D/A Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, 21700 Hulu Terengganu
Tel : 09-6812306
Madrasah Moden MAIDAM Besut
Kampung Padang Landak, 22000 Jerteh Terengganu
Faks : 09-6976627