Tarikh Cuti Sekolah 2019 Kalendar Takwim Penggal Persekolahan

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 05:21 PM

Kalendar Cuti Sekolah 2019 Takwim Penggal Persekolahan Malaysia. Bilakah tarikh cuti sekolah tahun 2019? Berikut dikongsikan Tarikh Cuti Sekolah 2019 melalui Kalendar Takwim Penggal Persekolahan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Takwim Penggal Persekolahan 2019 ini mengandungi 2 kumpulan mengikut hari kelepasan mingguan negeri iaitu Kumpulan A dan B.

cuti sekolah

Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2019 (Tarikh Cuti Sekolah)

Berikut adalah jadual cuti persekolahan yang mengandungi tarikh cuti sekolah untuk cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir setiap penggal.

1. KUMPULAN A – Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2019 (Selasa) sehingga 23 Mei 2019
  • Penggal kedua persekolahan : 9 Jun 2019 sehingga 21 November 2019

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 22 Mac 2019 sehingga 30 Mac 2019 (1 minggu)
  • Cuti pertengahan tahun : 24 Mei 2019 sehingga 8 Jun 2019 (2 minggu)
  • Cuti pertengahan penggal 2 : 9 Ogos 2019 hingga 17 Ogos 2019 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun dari 22 November hingga 31 Disember 2019 (5 minggu)

cuti sekolah 2019 kumpulan a

2. KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di NegeriĀ  Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan

Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 2 Januari 2019 (Rabu) sehingga 24 Mei 2019
  • Penggal kedua persekolahan : 10 Jun 2019 sehingga 22 November 2019

Tarikh Cuti Sekolah

  • Cuti pertengahan penggal 1 : 23 Mac 2019 sehingga 31 Mac 2019 (1 minggu)
  • Cuti pertengahan tahun : 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019 (2 minggu)
  • Cuti pertengahan penggal 2 : 10 Ogos 2019 hingga 18 Ogos 2019 (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun dari 23 November hingga 31 Disember 2019 (5 minggu)

cuti sekolah 2019 kumpulan b

* Untuk kemudahan, Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2019 ini boleh di muat turun/ download di KPM.

Moga tarikh cuti sekolah 2019 Malaysia ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ penjaga dalam membuat perancangan aktiviti bersama keluarga termasuk bercuti seisi keluarga.