Panduan terkini dikemaskini pada

Niat Puasa Hari Arafah 9 Zulhijjah & Tarikh Di Malaysia

Niat puasa Arafah. Bilakah tarikh puasa dan bagaimana niat puasa Hari Arafah 2020? Puasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji dan ianya mempunyai ganjaran yang besar.

“Puasa itu (Puasa Hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang lalu dan akan datang” (HR Muslim).

Arafah adalah daerah terbuka dan luas di sebelah timur luar kota suci umat Islam di Mekkah, Arab Saudi. Di padang yang luas ini, pada tanggal 9 Zulhijah akan berkumpul lah lebih dari dua juta umat Islam dari berbagai pelosok dunia untuk melaksanakan ibadah haji, iaitu ibadah Wukuf.

puasa hari arafah

Tarikh Puasa Hari Arafah Di Malaysia

Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa Sunat Arafah pada 9 Zulhijjah 1441 Hijrah mengikut waktu Malaysia (Kalendar Islam 2020) yang jatuh pada tarikh berikut :-

  • Hari Khamis, 30 Julai 2020 (9 Zulhijjah 1441H)

Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji/ Aidiladha 2020 pada hari Jumaat, 31 Julai 2020 yang merupakan cuti umum/ hari kelepasan am.

Lafaz Niat Puasa Hari Arafah

Berikut adalah Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah :-

niat puasa hari arafah

  • Sahaja akau berpuasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala (Tiada niat khusus).

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Dari Abu Qotadah, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:

  • صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

“Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” [Hadith Riwayat Muslim]

Hari Arafah adalah hari pada saat umat Islam yang sedang berhaji melaksanakan wukuf di Arafah. Hari ini memiliki keutamaan yang sangat besar dalam Islam, baik bagi jama’ah Haji mahupun umat Islam lainnya.

kelebihan puasa arafah

Diantara kelebihan Puasa Hari Arafah adalah speerti berikut :-

  1. Puasa Arafah adalah satu jalan/ ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar
  2. Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadah haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada Hari Arafah
  3. Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah di mana sepanjang tempoh ini segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberikan ganjaran yang lebih besar apabila dilakukan pada bulan-bulan lain

Digalakkan juga untuk memperbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik doa adalah pada Hari Arafah”

Semoga perkongsian Niat Puasa Hari Arafah bermanfaat buat semua. Selamat berpuasa sunat Arafah.

Related : juli 2021, mempunyai kelebihan, puasa sunnah, niat puasa sunat hari arafah, arab latin, tarwiyah dan arafah, salah satu, berpuasa pada hari arafah, bacaan niat puasa, ibadah puasa, bulan dzulhijjah, hari raya idul adha