Sesi tarikh pembentangan Bajet Malaysia (Belanjawan Malaysia) bagi setiap tahun pastinya mendapat perhatian oleh seluruh rakyat Malaysia malah rakyat menantikan tarikh pembentangan bajet itu. Dan sebagai sebuah kerajaan prihatin serta bertanggungjawab, kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri pasti tahu apa yang perlu dilakukan demi kesejahteraan rakyat.
Setiap Touch Points intipati bajet menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan. Antara intipati dalam jangkaan rakyat seperti berita gembira buat penjawat awam dan paling dinantikan pengumuman terbaharu penambahbaikan skim perkhidmatan awam yang akan meningkatkan lagi pendapatan penjawat awam secara keseluruhannya.
Selain perkhabaran gembira buat penjawat awam, isu kos sara hidup tinggi, rumah mampu milik, pendidikan, kesihatan, aspek keselamatan dan agenda sosial serta keupayaan negara dan persediaan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa hadapan adalah antara fokus utama kerajaan dalam setiap kali bajet tahunan negara.
Harapan rakyat apabila menjelangnya pembentangan bajet sudah tentu inginkan strategi yang benar-benar berkesan untuk menangani isu kos sara hidup termasuklah dalam hal pendidikan dan kesihatan. Maklumlah, bukan mereka yang menetap di bandar besar sahaja terasa bahangnya, malah penduduk di pekan kecil juga terasa tempiasnya.
Apa yang penting, sebarang jangkaan dan harapan rakyat terhadap belanjawan Malaysia bagi tahun 2026 perlu selaras dengan kedudukan kewangan kerajaan.
Hari Dan Tarikh Pembentangan Bajet 2026 Belanjawan Malaysia Bulan Oktober
Seperti tahun-tahun sebelumnya pembentangan belanjawan Malaysia dibentangkan pada sekitar bulan Oktober atau November di dewan rakyat, parlimen Malaysia.
PanduanMalaysia akan mengemaskini maklumat tarikh rasmi pembentangan Bajet 2026 bila diadakan dalam ruangan di bawah.
Tarikh Rasmi Hari Pembentangan Bajet 2026 Malaysia
Perkara | |
Pembentangan Belanjawan Malaysia 2026 | |
Info | Butiran |
Tarikh dan masa | 10 Oktober 2025 (Jumaat), jam 400 petang |
Tempat | Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia |
Siaran langsung | Sesi ucapan pembentangan bajet 2026 akan disiarkan secara siaran langsung di semua stesen penyiaran awam dan berbayar di Malaysia |
Belanjawan 2026 adalah siri keempat Belanjawan MADANI yang dirangka bagi meneruskan Kerangka Ekonomi MADANI untuk memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan mengangkat darjat hidup rakyat.
Belanjawan 2026 akan terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan, terutamanya tatakelola yang baik.
Belanjawan ini juga merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi tempoh 2026 – 2030 yang terus memaknai tiga tonggak utama Ekonomi MADANI itu.
Info Berkaitan
- Ringkasan Bajet 2026 Belanjawan Malaysia Semua Sektor