Ucapan Selamat Hari Lahir atau Hari Jadi (Sanah Helwah) merupakan satu ucapan dan doa ke atas seseorang bersempena dengan hari ulang tahun mereka. Ia merupakan satu amalan yang baik bertujuan mendoakan orang lain dengan ucapan yang baik.
Ia boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja ahli keluarga atau kenalan rapat anda seperti ibu, ayah, kakak, abang, rakan-rakan dan ramai lagi.
Mengikut kebiasaan, setiap kali sambutan hari lahir akan diadakan majlis bagi meraikan hari ulang tahun (Happy Birthday). Majlis sambutan ulang tahun bergantung kepada bajet seseorang. Kebiasaanya disambut secara sederhana bersama kenalan rapat. Ia bertujuan sebagai tanda syukur kerana dipanjangkan usia.
Selain daripada sambutan dan pemberian hadiah, masyarakat juga akan mengucapkan selamat hari lahir berserta dengan doa-doa yang baik sebagai tanda memperingati hari kelahiran seseorang.
Ucapan boleh disampaikan melalui applikasi whatsapp atau di mana-mana media sosial atau boleh juga dinukilkan di kad ucapan.
Ucapan Selamat Hari Lahir Atau Hari Jadi Yang Ringkas & Menarik
Berikut dikongsikan koleksi ucapan selamat hari lahir yang boleh digunakan untuk diberikan kepada rakan, keluarga atau orang terdekat ketika hari ulang tahun mereka:
Di antara ucapan Selamat Hari Lahir/ Hari Jadi atau Sanah Helwah ditujukan buat sesorang adalah seperti berikut :-
Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir/ Happy Birthday
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan
Sanah Helwah.
Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya,
dikurniakan keberkatan dalam gandaan umur yang diberi Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki. Amin Ya Allah.
Sanah Helwah!
Semoga beroleh ketenangan
kasih sayang
keberkatan dan belas kasihan
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Waktu berjalan tiada henti..Mengiringi bulan dan juga mentari,yang terbit setiap hari..Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari ..Hingga saat ini..Selamat hari jadi !!
Sanah Helwah untuk ayahanda tercinta. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. Mohon sahabat yang membacanya Aminkan bersama doa ini.
Sanah Helwah Sahabat! Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Amin
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Ya Allah..Abadikan kasih sayangnya,tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu,dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.Aamin
Sanah helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga di hari bahagia ini,Allah SWT sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA untuk Sahabat sahabat ….Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..
Sanah Helwah untuk ayahanda. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. Mohon sahabat yang membacanya Aminkan bersama doa ini.
SELAMAT HARI LAHIR !!!
Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah.
Contoh sticker Selamat Hari Lahir 1
Ucapan Hari Lahir Yang Menarik
Diantara ucapan lain yang menarik adalah :-
Ucapan Selamat Hari Lahir! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Selamat Hari Lahir Untuk Saudaraku! Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah SWT dengan kebaikan dan hikmah. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati. Aamiin
Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu. Sanah helwah buat rakanku Azhar. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Aminn.
Barakallahu fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat.
Selamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.
Selamat Hari Kelahiran Buat Wahai Ibuku! Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayat daripada Allah S.W.T. Teruskan menjadi ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakanlah kejayaan anak-anakmu.
Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan dan belas kasihan.
Sanah helwah buat wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan. Tiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.
Sanah Helwah Sahabat! Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya.
Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu Sanah Helwah! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang.
Barakallah Fii Umrik. Semoga dengan bertambahnya umurmu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu
Sanah Helwah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan serta kebahagiaan
Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah
Sanah Helwah Bro!. Moga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Aamiinn… Semoga anda selalu berada dalam naungan keberkatan Allah SWT
Selamat Ulang Tahun Anakku Yang Tersayang
Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari yang mendatang
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah ”Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketengangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan”
KREDIT | Irujukan.my
Contoh sticker Selamat Hari Lahir 2
Rel : dikaulah permata yang cemerlang dari segi imannya serta mendapat apa yang dihajati, ucapan selamat hari lahir untuk saudaraku,