Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Lokasi Kamera AES/ AwAS Di Malaysia

Lokasi AES/ AwAS Di Malaysia. Pelaksanaan operasi AwAS dan Mata Demerit oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti yang telah diumumkan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2018, kerajaan melalui JPJ telah mengambil alih kesemua operasi kamera AwAS bermula 1 September 2018. Operasi adalah melibatkan penguatkuasaan kesalahan yang dirakam melalui kamera bagi dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan dan tidak mematuhi lampu isyarat merah (Traffic lights) yang antara lain bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas/ kemalangan jalan raya yang semakin meningkat masa kini.

Pengambilalihan oleh JPJ adalah meliputi penguatkuasaan bagi pengoperasian ke atas 45 buah kamera AWAS yang terdiri daripada 29 kamera bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 buah kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah

  • Cara semak saman trafik PDRM, JPJ. AES Online : CHECK SAMAN

kamera awas aes

Senarai Lokasi Kamera AES/ AWAS Di Malaysia

Berikut adalah senarai lokasi kamera AES sediada dan yang baru di Lebuhraya dan lampu isyarat sebagai panduan buat semua. Untuk makluman, bermula 1 September 2018, tiada pengecualian atau pengurangan bayaran kompaun akan diberikan untuk semua saman-saman yang dikeluarkan bagi kesalahan AWAS.

Orang yang kena saman (OKS) akan diberi tempoh kompaun selama 60 hari dengan kadar kompaun RM300 dan pada masa yang sama mata demerit akan dikenakan apabila kompaun dibayar.

Sekiranya OKS tidak menyelesaikan kompaun yang ditetapkan, kes ke atas OKS akan didakwa di Mahkamah dan sekiranya OKS masih gagal hadir ke mahkamah seperti yang dikehendaki, mereka akan disenaraihitamkan dan dihalang dari melakukan apa jua transaksi serta urusniaga di JPJ sehingga kes diselesaikan.

Kesan daripada tindakan senarai hitam termasuk dihalang dari mendapatkan lesen kenderaan motor (cukai jalan), mendapatkan atau memperbaharui lesen memandu atau melakukan apa-apa urusan atau transaksi dengan JPJ.

29 LOKASI KAMERA AES/AWAS (HADLAJU)
Lokasi Penguatkuasaan
1. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Aarah Kuala Terengganu) Had laju 110 KM/J
2. KM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
3. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara) Had laju 110 KM/J
4. KM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara) Had laju 110 KM/J
5. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
6. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
7. KM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
8. KM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
9. KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
10. KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
11. KM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
12. KM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
13. KM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
14. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur) Had laju 110 KM/J
15. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
16. KM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
17. KM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
18. KM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
19. KM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
20. KM 6.6 Lebuhraya SKVE Had laju 80 KM/J
21. KM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya Had laju 70 KM/J
22. KM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai Had laju 90 KM/J
23. KM 301.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 90 KM/J
24. KM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
25. KM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
26. KM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
27. KM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan) Had laju 110 KM/J
28. KM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara) Had laju 110 KM/J
29. KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai) Had laju 90 KM/J

Berikut adalah Lampiran senarai lokasi 45 kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) buat rujukan pengguna iaitu 29 jenis penguatkuasaan hadlaju.

aes awas1

aes awas2 1

16 LOKASI KAMERA AES/AWAS (LAMPU ISYARAT)
Lokasi Jenis Penguatkuasaan
1. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur Lampu isyarat
2. KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput) Lampu isyarat
3. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik) Lampu isyarat
4. KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth Lampu isyarat
5. KM 4 Jalan Sitiawan-Lumut (Arah Lumut) Lampu isyarat
6. KM 11 Jalan Sitiawan-Ipoh Lampu isyarat
7. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Ipoh) Lampu isyarat
8. KM 116 Ipoh-Kuala Lumpur (Arah Kuala Lumpur) Lampu isyarat
9. KM 4 Jalan Setiawan-Lumut (Arah Setiawan) Lampu isyarat
10. KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth Lampu isyarat
11. KM 1 Jalan Gurun-Sik (Arah Sik) Lampu isyarat
12. Jalan Pasir Putih, Ipoh Lampu isyarat
13. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Lampu isyarat
14. KM 14 Jalan Ipoh-Pusing (Arah Sitiawan) Lampu isyarat
15. KM 8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang Lampu isyarat
16. KM 38 Jalan Ipoh-Kampar (Arah Ipoh) Lampu isyarat

Berikut adalah Lampiran senarai lokasi 19 kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) di bawah penguatkuasaan Lampu isyarat (Traffic lights).
aes awas lampu isyarat

Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)

Mulai 20 Julai 2018, JPJ telah menguatkuasakan sepenuhnya Sistem Mata Demerit bagi 23 kesalahan terjadual yang terdapat di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017. Walau bagaimanapun, untuk kesalahan AWAS, penguatkuasaan sistem mata demerit hanya bermula pada 1 September 2018.

Di bawah undang-indang sistem demerit, mana-mana pemandu yang telah disabitkan ke atas mana-mana kesalahan terjadual di mahkamah atau telah dikompaun bagi mana-mana kesalahan terjadual dan telah membayar kompaun itu, akan diberikan mata demerit seperti yang dinyatakan dalam grafik di bawah ini.

Apabila pemegang lesen memandu selain daripada lesen memandu percubaan, telah mengumplan sebanyak 20 atau lebih mata demerit terkumpul, lesen memandu boleh digantung atau dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ menurut Seksyen 35 Akat Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi pemegang lesen memandu percubaan yang telah diberikan 20 atau lebih mata demerit terkumpul, lesen memandu percubaan mereka akan dibatalkan.

sistem mata demerit

Untuk grafik yang lebih jelas, sila rujuk di Facebook JPJ.

Semoga Senarai Lokasi Kamera AES Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Diharapkan kita dapat sama-sama memandu berhati-hati bukan sahaja di lokasi ini malah ketika kita memandu di jalan raya.