Panduan terkini dikemaskini pada

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024

Analisa Keputusan SPM 2024. Result peperiksaan SPM tahun 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 nanti. Tahniah kepada calon pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Buat mereka yang kurang berjaya, usaha lagi kerana Sijil Pelajaran Malaysia bukanlah penentu kejayaan kepada segala-galanya.

Analisis yang dikongsikan dibawah ini untuk rujukan pelajar dan ibu bapa/ penjaga.

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024

Berikut adalah ringkasan daripada sidang media pengumuman result SPM 2024 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan pada 24 April 2025 di KPM :-

  1. Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM adalah seramai 402,918 calon berbanding 395,924 calon bagi SPM 2023, iaitu pertambahan sebanyak 6,994 calon (1.7 peratus).
  2. Berlaku peningkatan kehadiran calon yang menduduki peperiksaan awam ini bagi sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu seramai 402,918 calon berbanding 395,924 pada 2023.
  3. Seramai 1,749 calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) menduduki peperiksaan SPM 2024.
  4. Data KPM menunjukkan peningkatan kehadiran calon SPM pada 2024 adalah 98.2 peratus berbanding 97.5 peratus pada SPM2023.
  5. Sebanyak 49.5 peratus pelajar atau 185,682 calon mendapat sekurang-kurangnya gred C. Berbanding hanya 44.9 peratus pada tahun 2021, ini menunjukkan peningkatan lebih 16,000 pelajar
  6. 84,025 calon gagal dalam subjek Matematik
  7. Seramai 1,789 atau 0.5 peratus calon SPM 2024 gagal dalam semua mata pelajaran termasuk subjek Bahasa Melayu atau Sejarah, sekali gus tidak layak mendapat sijil.
  8. Seramai 355,933 atau 94 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 layak diberikan sijil, berbanding 349,297 atau 93.5 peratus pada 2023.
  9. Nilai GPK tahun lalu adalah 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023, iaitu mengecil sebanyak 0.11 mata.
  10. pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran tahun lalu juga bertambah iaitu seramai 14,179 calon atau 3.7 peratus.
  11. Pencapaian calon di bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 0.11 mata iaitu 4.47 mata pada tahun 2024 berbanding 4.58 mata pada tahun 2023.
  12. Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat sebanyak 0.09 mata iaitu 4.92 mata pada tahun 2024 berbanding 5.01 mata pada tahun 2023.
  13. Perbezaan jurang pencapaian antara calon di bandar dan luar bandar pada tahun 2024 dan 2023 adalah kecil iaitu sebanyak 0.02 mata.
  14. Turut mencatatkan pencapaian membanggakan, adalah mata pelajaran elektif Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Sains Tulen dan Matematik Tambahan yang mana semua mata pelajaran tersebut menunjukkan peningkatan prestasi.
  15. Sebagai contoh, mata pelajaran Kimia mencatatkan peningkatan prestasi yang tertinggi sebanyak 0.37 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu 4.52 mata pada tahun 2024 berbanding 4.89 mata pada tahun 2023.
  16. Selain itu, bagi mata pelajaran elektif STEM (Sains Gunaan dan Teknologi), sebanyak 11 daripada 12 mata pelajaran turut menunjukkan peningkatan prestasi

Tahun 2020

  1. 401,105 calon berdaftar
  2. 83 bilangan mata pelajaran
  3. 3310 pusat peperiksaan
  4. Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.80 berbanding 4.86. Angka yang kecil menunjukkan keputusan yang lebih baik (pencapaian calon meningkat)
  5. Jurang pencapaian calon luar bandar dengan calon bandar mengecil
  6. Prestasi mata pelajaran : 43 meningkat, 39 menurun dan 1 kekal
  7. Prestasi mata pelajaran teras : Naik – Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam & Pendidikan Moral. Turun – Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  8. Peratus Calon layak Sijil SPM meningkat iaitu 88.68% berbanding 86.72% pada tahun 2019
  9. Peratus Calon Berkeperluan Khas (CBK) layak Sijil SPM juga meningkat dari 61.34% pada tahun 2019 ke 68.22% pada tahun 2020

Maklumat terperinci boleh dirujuk di MOE

Tahun 2017

Pencapaian calon bagi tahun 2017 adalah lebih baik berbanding pada tahun 2016. GPN pada tahun 2017 ialah 4.90 berbanding 5.05 pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak 0.15. Trend GPN dari tahun 2013 hingga 2017.

Pencapaian calon di bandar dan di luar bandar turut memberangsangkan. Pencapaian calon di bandar meningkat sebanyak 0.14 iaitu 4.75 pada tahun 2017 berbanding 4.89 pada tahun 2016. Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat sebanyak 0.14 iaitu 5.22 pada tahun 2017 berbanding 5.36 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar setara dengan peningkatan pencapaian calon di bandar. Perbezaan pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar kekal 0.47 pada tahun 2017 sama seperti pada tahun 2016

Keputusan peperiksaan SPM pada tahun 2017 menunjukkan sebanyak 48 daripada 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 23 mata pelajaran mencatatkan penurunan manakala prestasi dua mata pelajaran tidak berubah. Lima mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Mathematics menunjukkan peningkatan prestasi. Mata pelajaran teras yang lain seperti Pendidikan Moral dan Science mencatatkan penurunan. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan yang tertinggi sebanyak 0.46 manakala mata pelajaran Pendidikan Moral menunjukkan penurunan tertinggi sebanyak 0.11

Sebanyak 43 daripada 66 mata pelajaran elektif menunjukkan peningkatan prestasi. Dalam bidang elektif sains dan matematik, tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Physics, Chemistry dan Additional Science. Mata pelajaran Additional Science menunjukkan peningkatan prestasi yang tertinggi iaitu sebanyak 0.36 manakala mata pelajaran Biology menunjukkan penurunan yang tertinggi iaitu sebanyak 0.12.

Kesemua mata pelajaran elektif agama menunjukkan peningkatan prestasi dalam SPM tahun 2017 berbanding tahun 2016. Mata pelajaran Tasawwur Islam mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.43. Dalam bidang elektif teknikal pula, mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.34 manakala mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam menunjukkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak 0.29.

PENSIJILAN SPM : Mulai tahun 2013, semua calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2017, seramai 415,008 calon menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk pertama kali. Daripada jumlah tersebut, 85.2% calon layak dianugerahkan sijil iaitu 90.2% calon sekolah KPM manakala selebihnya 9.8% ialah calon selain sekolah KPM. Analisis pensijilan SPM tahun 2017 berbanding tahun 2016

PENUTUP : Sebagai kesimpulan, keputusan SPM 2017 menunjukkan peningkatan pencapaian keseluruhan calon. Analisis ini juga menunjukkan bahawa KPM sentiasa memastikan kesamarataan peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua calon di seluruh negara. Diharapkan maklumat yang terdapat dalam analisis keputusan ini boleh digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk menambah baik kualiti pendidikan negara agar matlamat KPM untuk melahirkan modal insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai.

Tahun 2016

Berikut dikongsikan analisis keputusan SPM 2016 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof. Sidang akhbar pengumuman SPM telah dibuat pada hari Khamis, 16 Mac 2017.

1. Keputusan Semua A+

Calon yang mendapat keputusan semua A+ adalah seramai 102 orang (1.94 peratus) daripada 434,535 calon SPM 2016. Ianya mencatakan penurunan 0.66 peratus berbanding tahun 2015

2. Indeks GPN

SPM 2016 berjaya mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10. Ianya lebih baik berbanding GPN @ 5.15 pada tahun 2015. Jurang GPN antara calon bandar dan luar bandar juga mengecil dari 0.50 kepada 0.47

3. Calon Mendapat Semua A

Seramai 8,647 pelajar mendapat keputusan semua A (2.13 peratus). Angka  menurun 0.25 peratus berbanding tahun 2015 yang mencatatkan seramai 9,721 (2.38 peratus) daripada 440,682 pelajar memperoleh semua A.

4. Pencapaian Subjek Teras

Empat subjek teras menunjukkan peningkatan prestasi iaitu :-

  1. Bahasa Melayu
  2. Pendidikan Islam
  3. Bahasa Inggeris
  4. Sains

Subjek yang mencatatkan penurunan adalah :-

  1. Matematik
  2. Sejarah
  3. Pendidikan Moral

5. Calon Layak Dianugerah Sijil

Seramai 340, 698 mewakili 85.21 peratus calon layak dianugerah sijil selepas lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Tahniah sekali lagi kepada calon peperiksaan SPM yang mendapat mendapat keputusan cemerlang kali ini. Semoga anda terus berjaya dalam pendidikan anda.

Related : 2020 berbanding, terbaik dalam tempoh, nilai gpn yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, spm 2019