Tahun baru dalam Kalendar Islam iaitu 1 Muharram 1447H – 2025M (Awal Muharram/ Maal Hijrah) akan disambut di Malaysia pada 27 Jun 2025 (Jumaat). Sempena dengan ketibaan tahun baru Islam ini, berikut dikongsikan bacaan Doa Dalam Rumi dan Arab beserta maksud sebagai panduan kepada umat Islam semua.
Anda boleh merujuk kepada Kalendar Islam untuk mengetahui tarikh-tarikh penting yang lain dalam Islam termasuk Awal Ramadhan, Maulidur Rasul, 1 Syawal dan banyak lagi.
DOA AKHIR TAHUN
- Doa ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Ertinya:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.
Ya Allah apa yang aku kerjakan pada tahun ini daripada perkara yang Engkau tegah, aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak meredainya, dan Engkau tidak melupainya, dan Engkau tidak memarahi aku sedangkan Engkau berkuasa menyeksa akan aku, dan Engkau memerintahkan aku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat terhadapmu, maka aku memohon keampunan kepadaMu, ampunilah akan aku daripada yang aku lakukan padanya. Daripada perkara yang Engkau reda dan Engkau menjanjikan untuk memberi pahala. Oleh itu, aku pohonlah daripadaMu. Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Engkau terimalah dariku, janganlah Engkau putuskan harapanku terhadapMu, wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah SWT Tuhan pemerintah alam.”
Video Bacaan
DOA AWAL TAHUN
- Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.
Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baru, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong- penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.
Dan menolong aku supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan aku kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatnya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam.
Video Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah
SUMBER. Video kredit Shafiqolbu
Salam Maal Hijrah. Selamat menyambut tahun baru hijrah 1447H. Semoga panduan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah ini bermanfaat buat semua.