Panduan terkini dikemaskini pada

Biodata Iskandar Zulkarnain Pemain Badminton Malaysia

Biodata Iskandar Zulkarnain Zainuddin. Pemain Badminton meningkat naik di Malaysia iaitu Iskandar Zulkarnain masih tidak dikenali lagi oleh peminat badminton di negara ini. Namun kejayaan beliau yang kini berada di ranking ke 51 dunia menewaskan beberapa pemain pilihan utama dalam kejohanan Badminton Masters Malaysia 2016 yang baru berakhir di Pulau Pinang menyebabkan beliau mula dikenali. Namun beliau gagal merangkul gelaran juara apabila tewas kepada Datuk Lee Chong Wei 18-21 & 11-21.

Jika dilihat kepada prestasi beliau dalam kejohanan ini secara keseluruhan,  kehandalan beliau adalah dalam permainan di set disamping mempunyai pertahanan yang baik serta kepantasan dan stamina yang tinggi. Banyak yang perlu dipelajari sebelum mampu menyaingi Lee Chong Wei sebagai pemain badminton No. 1 di Malaysia.

iskandar zulkarnain

Biodata Iskandar Zulkarnain Pemain Badminton Malaysia 

Berikut adalah biodata ringkas Iskandar Zulkarnain, bakal pemain utama Badminton Malaysia dan pengganti Chong Wei untuk masa depan :-

  • Nama Penuh : Iskandar Zulkarnain Bin Zainuddin
  • Tempat Lahir : Kuala Lumpur
  • Tarikh Lahir : 24 Mei 1991 (umur 24 tahun)
  • Tinggi : 1.70 meter (5 kaki 7 inci)
  • Berat : 64 kg
  • Tangan : Kanan
  • Jurulatih : Hendrawan
  • Ranking Terkini : No 51
  • Ranking Terbaik : No 51

Pencapaian 

Berikut adalah senarai pencapaian utama Iskandar Zulkarnain sepanjang kareer beliau sehingga kini.

  1. Bekas pemenang Pingat Perak Kejohanan Badminton Remaja Dunia tahun 2009
  2. Juara Swis International 2015
  3. Juara Polish International 2015
  4. Juara OUE Singapore International Series 2015
  5. Naib Juara Austrian Open 2015
  6. Naib Juara Masters Malaysia 2016

Semoga kejayaan dan persembahan cemerlang beliau dalam Masters Malaysia 2016 mampu memberi impak yang besar kepada prestasi beliau pada masa depan. Semoga berjaya buat Iskandar Zulkarnain.