Dipetik dari Portal Pembasmian Kemiskinan, eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Cara Daftar Borang E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat
Antara ciri-ciri utama yang terdapat dalam eKasih adalah seperti berikut:
- Semakan status kemiskinan secara online
- Penyelarasan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Siapa Yang Layak Mendaftar eKasih
Menurut FAQ eKasih, semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang dari RM1,500 (Bandar) dan RM1,000 (Luar Bandar) adalah digalakkan untuk mendaftar.
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN).
Apllikasi eKasih
- Borang Online Makluman Mengenai Kemiskinan – https://ekasih.icu.gov.my/Pages/login.aspx
- Semakan Pendaftaran – https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.
Dengan adanya Borang Daftar E-Kasih Online Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai di harap dapat memanfaatkan sistem ini dalam menyalurkan maklumat kemiskinan yang dihadapi secara online untuk semakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Permohonan Program 1AZAM
Bagi yang telah disahkan berdaftar di ekasih, anda boleh memohon Program 1AZAM. Ianya merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belenggu kemiskinan dan mampu memperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan ataupun perkhidmatan
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
- Warganegara Malaysia
- Disahkan berdaftar sebagai peserta eKasih (Miskin / Miskin Tegar)
- Berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500.00 (Bandar) ATAU RM 1,000.00 (Luar Bandar) sebulan
- Berumur 18 sehingga 55 tahun
- Mempunyai minat
- Mempunyai minat, berkemahiran dan berpengalaman dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil
JENIS PAKEJ PROGRAM 1AZAM
AZAM NIAGA
1. Pakej Char KueyTeow
2. Pakej Ice Blended
3. Pakej Nasi Lemak Kukus
4. Pakej ABC &Cendol
5. Pakej Roti John
6. Pakej Burger
7. Pakej Satay
8. Pakej Air Tebu
9. Pakej Jagung Manis & Waffle
10. Pakej Gorengan Pelbagai
11. Pakej Sejuk Beku
12. Pakej Kuih – muih
13. Pakej Gerai Makan
14. Pakej Roti Canai
AZAM KHIDMAT
15. Pakej Jahitan
16. Pakej Cuci Kereta
17. Pakej Gunting Rambut
18. Pakej Mesin Rumput
19. Pakej Urutan / Refleksologi
20. Pakej Spa Secara Mobile
21. Pakej Katering
Pemohon boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih sebelum sebarang Program 1AZAM boleh ditawarkan kepada mereka. Semoga Program e-kasih dan 1Azam ini dapat membantu mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan dalam meringkan kos kehidupan yang semakin meningkat kini.
SUMBER
Mohd Selim Zainal says
Assalammualaikum PP,
Terima kasih perkongsian nie..
mselim3
Sheila Adziz says
bagus la ada program macam ni… ramai yg susah lagi kat negara kita ni….
Chik Qlate says
bgi yg ditolak knpe plak ye
Unknown says
tidak boleh daftar pun… semak je boleh
admin says
Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).
Anonymous says
assalam..maaf saya nk tnya nama sy ada dlm senarai KIR tp sy dikategorikn sbg SPB..dkt mana sy nk rujuk ye..
Anonymous says
i
anniey mariani says
Bgmana nk daftar telah
amirul aznil says
macam mana nak daftar ? ayah saya sudah pencen tetapi masih ada tanggungan . mohon penjelasan . adakah ayah saya layak memohon ?terima kasih
norisdemiyanti says
bagaimane cara nk mohon bantuan ternakan ayam kampung,sy amat minat nk bela ayam kg ni,tlg terangkn caranye
norisdemiyanti says
adk sy x bekerja,hrp pd gj istri tp dia minat niaga kecil kecilan,dia ank peneroka,adakah layak mohon ekasih,klu boleh nk mte bntuan gerai beger tuk dia,tlg sy tuk bantu adk sy
Parimala Rima says
Harap maklum.anak I pelajar Tadika swasta.tahun in dah pelajar 3 thn.so dulu tahun cikgu LA bagi Surat ekasih I isi hantar Surat n then dapat bantuan.ni tahun pun sama cikgu daftar so bila Tanya bantuan cikgu kata in tahun sesipa pun tak dapat bantuan sekolah.I pun tak tahu LA.betul or tak?sekitar JoHOR Ulu Tiram.skian term kasih.
rompin pinzee says
salam semuanya….
dalam pertanya saya? bagai mana kah cara untuk mendaftar e- kasih online…?????