Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Akaun 2 i-Lestari

Berita baik buat ahli atau pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa ahli boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP yang bakal memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dianggarkan melibatkan pengeluaran wang sebanyak RM40 billion.

epf akaun 2

Cara Mengeluarkan Wang KWSP Akaun 2 i-Lestari

Inisiatif dari pihak Kerajaan melibatkan KWSP adalah pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak empat peratus yang berkuatkuasa April 2020 dan yang terkini ahli dibenarkan mengeluarkan wang Akaun 2 KWSP mereka sebanyak RM500  untuk tempoh selama 12 bulan.

Inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan ini adalah bantuan bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan.

Langkah kerajaan ini diharap membolehkan pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian semasa wabak COVID-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia pada masa kini.

Tarikh Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2

Permohonan mengeluarkan wang KSWP i-Lestari boleh dibuat bermula 1 April 2020 hingga 31 Mac 2020.

Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:-

  • a) Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja
  • b) Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para (c)
  • c) Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari ada;ah seperti syarat berikut :-

  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  • Berumur di bawah 55 tahun; dan
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

Maklumat lanjut sila rujuk soalan lazim FAQ i-Lestari KWSP