Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan SBP 2026 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 Tingkatan 1 Dan 4. Anda berminat memohon kemasukan ke SBP terbaik di Malaysia? Berita baik, untuk lepasan Tahun Enam dan Tingkatan 3 2025 yang berkelayakan dan berminat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2026 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, Selain SBP, pelajar juga boleh memohon ke MR SM dimana permohonan melibatkan kemasukan Tingkatan 1 dan 4.

Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 sesi 2026 untuk pelajar akan dibuka bermula dari 1 Ogos 2025 hingga 7 September 2025.

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kemasukan ke SBP 2026 yang akan di buka secara online mengikut tarikh seperti dinyatakan di bawah ini.

TARIKH PENTING PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 2026
Dibuka Ditutup
1 Ogos 2025
7 September 2025
Aplikasi Permohonan Online SBP Tingkatan 1
  • Masukkan No. MyKad Pemohon dan Penjaga Pemohon seperti dalam APDM
Pemohon perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang akan dilaksanakan pada 6 – 17 Oktober 2025. Semakan Pusat PKSK boleh dibuat pada 12 September 2025 – 17 Oktober 2025. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan
TARIKH PENTING PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 2026
Dibuka Ditutup
1 Ogos 2025
7 September 2025
Aplikasi Permohonan Online SBP Tingkatan 4
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan 4 akan dilaksanakan pada 22 September – 3 Oktober 2025. Semakan Pusat PKSK boleh dibuat pada 12 September – 3 Oktober 2025. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan

Permohonan Kemasukan 2025 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4

A. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1

Calon yang layak memohon bagi sesi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2026 ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014

Manakala bagi Tingkatan 4 tahun 2026 pula ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011

i) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PERDANA/ AKADEMIK)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

iii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum

SYARAT KHUSUS

  • i. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA)

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

B. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4

i) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

iii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KBT)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

  • i. Murid telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) – Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dari Tingkatan 1 – 3.
    *Murid mengikuti mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

iv) PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN – ELEKTIF BAHASA, PENGAJIAN ISLAM, KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS SERTA STEM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP (Tingkatan 1)

i) SBP Aliran Perdana/ Akademik

Pelaksanaan kurikulum di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) aliran Perdana/Akademik adalah untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.

Murid juga digalakkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.

SBP ini, menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-

  • 1. Bahasa Melayu
  • 2. Bahasa Inggeris
  • 3. Matematik
  • 4. Sains
  • 5. Sejarah dan
  • 6. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

Murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu:-

  • 1. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • 2. Geografi
  • 3. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
  • 4. Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik

Di samping itu, murid juga wajib mengikuti satu MATA PELAJARAN TAMBAHAN iaitu Bahasa Antarabangsa yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing seperti:-

  • 1. Bahasa Cina Komunikasi
  • 2. Bahasa Arab Komunikasi
  • 3. Bahasa Jepun
  • 4. Bahasa Jerman
  • 5. Bahasa Perancis
  • 6. Bahasa Korea

ii ) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)

Pelaksanaan kurikulum di SBP aliran Agama adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global.

Kurikulum ini akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.

SBP ini, menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-

  • 1. Bahasa Melayu
  • 2. Bahasa Inggeris
  • 3. Matematik
  • 4. Sains
  • 5. Sejarah
  • 6. Pendidikan Islam

Murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu:-

  • 1. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  • 2. Geografi
  • 3. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
  • 4. Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik

Di samping itu, murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN TAMBAHAN iaitu Bahasa Arab dan satu mata pelajaran Bahasa Antarabangsa yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing seperti:-

  • 1. Bahasa Cina Komunikasi
  • 2. Bahasa Arab Komunikasi
  • 3. Bahasa Jepun
  • 4. Bahasa Jerman
  • 5. Bahasa Perancis
  • 6. Bahasa Korea

iii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB) TMUA

Matlamat utama pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SBP adalah untuk melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran Islam (mutadayyin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Pelaksanaan TMUA dia SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang:-

  • 1. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran
  • 2. Profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, berketrampilan, berwibawa dan berkepemimpinan
  • 3. Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif
  • 4. Boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Program TMUA ini, menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-

  • 1. Bahasa Melayu
  • 2. Bahasa Inggeris
  • 3. Matematik
  • 4. Sains
  • 5. Sejarah
  • 6. Pendidikan Islam

MATA PELAJARAN WAJIB yang akan murid ikuti ialah:-

  • 1. Geografi
  • 2. Asas Sains Komputer atau Reka Bentuk Teknologi
  • 3. Pendidikan Seni Visual atau Pendidikan Muzik
  • 4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

MATA PELAJARAN TAHFIZ yang akan murid ikuti pula ialah:-

  • 1. Hifz Al-Quran
  • 2. Maharat Al-Quran

Di samping itu, murid juga akan mengikuti MATA PELAJARAN TAMBAHAN iaitu Bahasa Arab dan satu mata pelajaran Bahasa Antarabangsa yang ditawarkan mengikut SBP masing-masing seperti:-

  • 1. Bahasa Cina Komunikasi
  • 2. Bahasa Jepun
  • 3. Bahasa Jerman
  • 4. Bahasa Perancis

Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP (Tingkatan 4)

i) PAKEJ STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING AND MATHEMATICS) – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)

Objektif pelaksanaan pakej ini di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya.

Di SBP murid akan didedahkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.

Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:

  • 1. Bahasa Melayu
  • 2. Bahasa Inggeris
  • 3. Matematik
  • 4. Sejarah
  • 5. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF, murid WAJIB untuk mengikuti mata pelajaran:-

  • 1. Matematik Tambahan
  • 2. Fizik
  • 3. Kimia
  • 4. Biologi

Di samping itu, MATA PELAJARAN WAJIB yang perlu diikuti ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
*MATA PELAJARAN ELEKTIF tambahan, bergantung kepada SBP yang ditawarkan.

ii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM

SBP yang melaksanakan pakej ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Pelaksanaan pakej ini dapat memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya.

Kurikulum ini juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.

Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-

  • 1. Bahasa Melayu
  • 2. Bahasa Inggeris
  • 3. Matematik
  • 4. Sejarah

Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF pula, murid WAJIB mengikuti:-

  • 1. Bahasa Arab
  • 2. Matematik Tambahan
  • 3. Fizik
  • 4. Kimia
  • 5. Biologi
  • 6. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • 7. Pendidikan Syariah Islamiah

Di samping itu, murid akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

iii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT))

Pelaksanaan Kurikulum Model Ulul Albab (TMUA) di SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang:

  • 1. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran
  • 2. Pofesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah, berketerampilan, berwibawa dan berkepimpinan
  • 3. Memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif
  • 4. Boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah

Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-

  • 1. Bahasa Melayu
  • 2. Bahasa Inggeris
  • 3. Pendidikan Islam
  • 4. Sejarah
  • 5. Matematik

Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF pula, murid WAJIB mengikuti:-

  • 1. Bahasa Arab
  • 2. Matematik Tambahan
  • 3. Fizik
  • 4. Kimia
  • 5. Biologi
  • 6. Hifz Al-Quran
  • 7. Maharat Al-Quran

Di samping itu, murid akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

iv) PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN – ELEKTIF BAHASA, PENGAJIAN ISLAM, KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS SERTA STEM

Tujuan pelaksanaan pakej ini adalah unruk memastikan murid mendapat akses kepada pendidikan yang menyeluruh, merangkumi aspek bahasa, kemanusiaan, pengajian Islam, sastera ikhtisas, dan STEM.

Ianya juga membolehkan murid menghargai pelbagai bidang keilmuan dari bahasa, kemanusiaan, hingga STEM, untuk memperluaskan pandangan dan pengetahuan mereka. Akhirnya dapat menyediakan perspektif global untuk membentuk murid yang peka terhadap isu-isu semasa, etika, dan kepelbagaian budaya melalui kajian sastera dan kemanusiaan yang beragama.

Pakej ini menawarkan MATA PELAJARAN TERAS iaitu:-

  • 1. Bahasa Melayu
  • 2. Bahasa Inggeris
  • 3. Sejarah
  • 4. Matematik
  • 5. Sains

Bagi MATA PELAJARAN ELEKTIF pula, murid WAJIB mengikuti:-

  • 1. Bahasa Arab
  • 2. Matematik Tambahan
  • 3. Ekonomi
  • 4. Prinsip Perakaunan
  • 5. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
  • 6. Pendidikan Syariah Islamiah

Di samping itu, murid akan mengikuti MATA PELAJARAN WAJIB iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

Sebarang persoalan berkaitan permohonan SBP boleh melalui:

  • a. e-mel – permohonan.skhusus@moe.gov.my
  • b. Talian Rasmi – 0383217400 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Blok 2251, Jalan Usahawan 1
    63000 Cyberjaya, Selangor.

    Tel: 03-83217400

Selamat membuat Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 Dan 4 Online. Semoga pemohon berjaya dalam permohonan Sekolah Berasrama Penuh kali ini.

Rel : membuat permohonan kemasukan dibuat secara online sekolah berasrama penuh untuk membuat permohonan untuk mendapatkan sbp tingkatan 1 2021 portal rasmi kementerian pendidikan malaysia kpm kemasukan ke sbp tingkatan kerajaan atau sekolah bantuan, 2021 secara online