Panduan terkini dikemaskini pada

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2026

Tarikh Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2026 (FLLSPG). Sekali lagi JOHOR akan menjadi perhatian pelancong. Festival tahunan 2026 akan berlangsung di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang bermula dari 4 hingga 8 Februari 2026. Nantikan kemeriahan penganjuran festival TERBESAR dunia yang membuka tirai Tahun Melawat Johor 2026 nanti.

Penganjuran kali ini adalah sambutan tahun ke-28 penganjuran festival ini. Pastinya pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sempena sambutan ini yang dijangka lebih meriah.

Walaupun tarikh Festival tahun 2026 masih jauh lagi untuk dilaksanakan, namun Tourism Johor telah mengambil langkah awal mempromosikan penganjuran festival TERBESAR peringkat Dunia itu. Promosi awal diadakan sempena pameran pelancongan MATTA Johor Fair 2025 yang telah berlangsung di AICC Mount Austin, Johor Bahru pada awal Ogos 2025.

Tarikh Dan Aktiviti Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2026 (FLLSPG 2026)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan penganjuran tahunan festival ini termasuk tarikh festival, aturcara, acara menarik dan lokasi.

  • Tarikh : 4 hingga 8 Februari 2026 (Tertakluk kepada perubahan yang akan dikemaskini dari masa kesemasa)
  • Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang
  • Tema : Akan dikemaskini.Tema FLLSPG 2025“Stay Clean, Enjoy Fly”, membawa mesej penting tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar sambil menikmati keindahan layang-layang yang berterbangan di angkasa. Dengan tema ini, festival berusaha meningkatkan kesedaran tentang kelestarian alam dan tanggungjawab kita dalam memelihara keindahan persekitaran.

Festival ini merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan dalam kelendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Mula dianjurkan sejak 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), kini Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan mendapat kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor.

Maklumat Penting Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 

Dengan keunikannya yang tersendiri festival ini sentiasa mendapat tempat di hati para pengunjung yang hadir menyaksikan para pelayang antarabangsa di seluruh dunia bergabung bagi memperlihatkan hasil seni dan kreativiti masing-masing melalui pelbagai bentuk layang-layang berwana-warni besar dan kecil menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Tidak ketinggalan pelayang kebangsaan seluruh Negara yang turut hadir mempamerkan hasil seni pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buloh dan kertas berunsurkan motif sobek dan nilai estetika yang menakjubkan.

Pada penganjuran tahun 2025, seramai 126 peserta daripada 44 buah negara telah mengambil bahagian dalam Festival Kali ke-27 yang telah berlangsung di Bukit Layang-Layang dari 12 hingga 16 Februari 2025.

Objektif utama FLLSPG 2025

  1. Menghidupkan semula seni dan budaya layang-layang dalam kalangan generasi muda
  2. Menjadikan Johor sebagai destinasi utama pelancong dalam dan luar negara
  3. Menggalakkan pertukaran budaya antarabangsa melalui aktiviti festival
  4. Merangsang kreativiti dalam reka bentuk dan pembuatan layang-layang
  5. Mengajak masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan aktiviti luar

Acara Menarik Di Festival Layang-Layang Pasir Gudang

Pelbagai acara menarik telah disusun termasuklah:-

✅ pertandingan wau dan layang-layang peringkat Kebangsaan;
✅ pertandingan dan persembahan oleh peserta Antarabangsa; Kategori: Tradisional, moden, kreatif, terbesar dan tercantik.
✅ persembahan artis jemputan; Artis terkenal akan memeriahkan suasana festival!
✅ Pertandingan Drone bercahaya; Gabungan teknologi moden dan seni layang-layang dalam pertunjukan waktu malam yang menakjubkan.
✅ gerai jualan; Menawarkan pelbagai jenis layang-layang, cenderamata, dan makanan tempatan khas untuk pengunjung.
✅ gerai pameran; Menampilkan reka bentuk unik dari pelbagai negara seperti Indonesia, Sweden, Kemboja, Thailand, Brunei, dan Malaysia.

….dan banyak lagi🎉🎉🎉

Antara lain-lain acara yang bakal berlangsung termasuk:

  1. Pertandingan Karaoke “Voice of Kite”, Peluang untuk menonjolkan bakat nyanyian dalam suasana festival yang meriah
  2. Bengkel dan Pertandingan Mewarna Canting Batik; Aktiviti interaktif untuk memupuk kreativiti dalam seni tradisional
  3. Lolly Pop Drop oleh Peserta Antarabangsa; Kejutan manisan dari udara khas untuk kanak-kanak
  4. Persembahan Budaya & Artis Jemputan; Memaparkan pelbagai persembahan kebudayaan dari seluruh dunia
  5. Cabutan Bertuah; Hadiah menarik termasuk motosikal elektrik, skuter elektrik, dan layang-layang eksklusif.

Selamat berkunjung ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2026. Semoga anda dan sekeluarga bergembira dengan acara menarikh yang disediakan sepanjang festival layang-layang ini,