Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini. Berikut adalah jadual tangga gaji Guru yang dikategorikan dalam Perkhidmatan Pendidikan. Struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam Perkhidmatan Awam pada masa ini adalah berdasarkan kepada JGMM yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012. Struktur JGMM tersebut telah ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013.

Terkini April 2018 : Perdana Menteri mengumumkan untuk mewujudkan Gred 56 untuk skim pegawai pendidikan iaitu sebuah kenaikan pangkat baharu Gred DG56. Kenaikan ini melibatkan guru-guru yang berada dalam Gred 54 selama lima tahun dan telah menunjukkan prestasi cemerlang. Tapisan DG56 memberi peluang baik untuk kenaikan pangkat kepada 323 orang dengan melibatkan peruntukan RM7.4 juta bermula 1 Januari 2019.

PM juga mengumumkan akan Pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018

tangga gaji guru

 

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini Dari Gred DG29 Hingga DG54

Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Awam Bermula 1 Julai 2016

Berikut diantara perubahan yang terdapat dalam rasionalisasi Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa 1 Julai 2016 yang melibatkan Kategori Pendidikan – Guru.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2016
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Julai 2016

Maklumat lanjut mengenai Sistem SSM 2016 ini boleh dirujuk di Facebook JPA.

Tangga Gaji Guru SSM DG29 Hingga DG54 Bermula 1 Julai 2016

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini Julai 2016
Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini 2016

Sumber : JPA Page 15

Gaji Minimum Dan Maksimum Guru Tahun 2015

Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM 2013.

  • Gred: DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Tangga Gaji Guru SSM Terkini

Tangga Gaji Guru Tahun 2015

Jadual Gaji:

GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
DG29 RM1,589.00 RM5,173.00
DG32 RM2,731.00 RM5,457.00
DG34 RM3,397.00 RM5,797.00
DG38 RM3,457.00 RM7,051.00
DG41 RM1,917.00 RM8,652.00
DG42 RM1,917.00 RM8,652.00
DG44 RM3,371.00 RM9,414.00
DG48 RM4,922.00 RM10,560.00
DG52 RM5,538.00 RM5,797.00
DG54 RM5,840.00 RM11,864.00

Semoga Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54 ini boleh dijadikan panduan buat warga pendidik semua,