Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2. Berapa harga tol LPT2? Kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari Jabor, Pahang ke Kg Gemuroh, Terengganu akan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam).
LPT 2 Sdn Bhd ialah pemegang konsesi bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2/Lebuhraya), yang mengurus, mengendalikan dan menyelenggara Lebuhraya tersebut.
Info LPT2
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2/ Expressway) ialah lebuhraya dua lorong berkembar sepanjang 184 kilometer antara Jabor dan Kuala Terengganu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Lebuhraya ini berfungsi sebagai sambungan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sedia ada, dari Kuala Lumpur ke pantai timur, dengan 10 persimpangan menghubungkan Lebuhraya ke pelbagai tempat di sepanjang laluan utamanya dan enam kawasan rehat dan perkhidmatan yang dirancang dengan baik, serta empat lay-by.
LPT2 terdiri daripada 10 plaza tol: Cheneh, Cukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Telemung, dan Kuala Terengganu.
Lebuh Raya ini mengurangkan masa perjalanan dari Jabor ke Kuala Terengganu sebanyak 2 jam, menjadikan perjalanan ke Kelantan lebih cepat dan selesa. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur kini mengambil masa kira-kira 4-5 jam sahaja, berbanding masa perjalanan sebelum ini sekitar 7-8 jam.
Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2
Berikut adalah kadar tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
- Kadar tol dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna
- 12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta)
- RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya
Januari 2020 : Berkuatkuasa pada 1 Februari 2020, bayaran tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan diturunkan sebanyak 18% sejajar dengan pengumuman oleh Kerajaan baru-baru ini.
Penurunan tol 18% ini juga akan dapat dinikmati oleh semua pelanggan kenderaan penumpang (Kelas 1), teksi (Kelas 4) & bas (Kelas 5) . Manakala, bayaran tol untuk lori (Kelas 2 & 3) akan kekal sehingga tamat tempoh konsesi pada tahun 2058.
Kadar Tol Per Kilometer Sebelum Penurunan Tol 18%
- Kelas 1 : 12 sen
- Kelas 2 : 24 sen
- Kelas 3 : 36 sen
- Kelas 4 : 6 sen
- Kelas 5 : 12 sen
![]() |
Harga Tol LPT2 |
Senarai Plaza Tol Di LPT2 Dan Jadual Bayaran Tol Ikut Kelas
Berikut adalah 10 plaza tol yang terdapat di LPT2.
Klik kalkulator TOL untuk mengetahui harga terkini mengikut destinasi dan kelas kenderaan:-
Klik : Kadar Tol Terkini LPT2
Kadar Tol LPT2 Sebelum Penurunan Tol 18%
-
1. Plaza Tol Cheneh
-
2. Plaza Tol Chukai
-
3. Plaza Tol Kijal
-
4. Plaza Tol Kerteh
-
Plaza Tol Paka
-
Plaza Tol Kuala Dungun
-
Plaza Tol Bukit Besi
-
Plaza Tol Ajil
-
Plaza Tol Telemong
-
Plaza Tol Kuala Terengganu