Senarai Pemain Kedah Darul Aman FC 2025 Skuad KDA FC

RASMI : Senarai Pemain Kedah Darul Aman FC Di Liga A1 Semi-Pro Malaysia. Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang selama ini menjadi lambang kebanggaan dan semangat rakyat Kedah tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim 2025-2026 selepas gagal memperolehi lesen kebangsaan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Ini kerana mereka gagal memenuhi kriteria kewangan seperti ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR) menjadi punca utama lesen kebangsaan mereka ditolak.

Namun begitu, seperti makluman Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pemilik Majoriti KDA FC, mereka akan terus berusaha kekal relevan dan aktif dalam bola sepak negara. Dan fasa ini dianggap sebagai ‘hibernasi Sang Kenari’ untuk bangkit semula dengan lebih kuat. Selain Kedah Darul Aman FC, dua pasukan gergasi iaitu Perak dan Sri Pahang juga turut tidak beraksi di liga utama musim ini.

Dua Wakil Kedah Di Liga A1

Kewujudan pasukan baharu dengan nama Kedah FA dalam saingan Liga A1 bakal menyaksikan dua kelab dari Kedah akan beraksi dan bakal mengundang perpecahan dalam kalangan penyokong.

Ianya susulan daripada penganjur Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mengumumkan Kedah FA bakal bertanding pada saingan musim depan manakala Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sedia ada antara tiga pasukan diberikan kelulusan bersyarat untuk menyertai Liga A1 Semi Pro.

Senarai Skuad Pemain Kedah Darul Aman FC 2025 Liga A1

Pasukan KDA FC dibentuk dalam keadaan mencabar kerana sekatan perpindahan (transfer ban). Justeru penggabungan pemain pemain Piala Presiden, skuad Bawah 23 dan skuad Piala Belia negeri telah dilakukan untuk membina pasukan tanpa pemain import dan pemain senior.

Ketua Jurulatih KDA adalah Azzmi Aziz (48 tahun), bukan nama asing dalam arena bola sepak tempatan. Beliau memiliki lesen kejurulatihan tertinggi, AFC Pro, dan berpengalaman lebih 15 tahun membimbing pasukan dalam Liga Super, Liga Premier serta skuad pembangunan seperti Piala Presiden. Beliau pernah melatih pasukan Negeri 9 dan PDRM. Pelantikan beliau dibuat selepas bekas pengendali, Victor Andrag, memilih untuk menyertai Kedah FA.

Berikut adalah skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang akan “dikemaskini dari masa kesemasa”. Untuk maklumat terkini berkaitan pasukan Kedah FA, anda boleh layari Laman Media Sosial pasukan yang disertakan di bahagian bawah ini.

 NAMA & POSISI
NO

PENJAGA GOL

1Muhammad Aqil Syahmi Azizan √
18Muhammad Nabil Hadif Norhelmi √
79Muhammad Afiq Aiman Muhammad Ridzuan √
NO

PERTAHANAN

3Muhammad Danish Haikal Abdullah √
4Hazrie Balqief Zulhadi √
13Muhammad Syanas Haikal Shamizan √
16Muhamad Iqmal Hazim Muhamed Supian √
30Mohamad Zamri Pin Ramli √
41Muhammad Fakrullah Ahmad Shukri √
81Muhammad Eirwan Zarief Radjebi √

Senarai pemain untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

5Nur Hilal Amin Mohd Khairul Ezdi √
7Muhammad Amil Haikal Rozmi √
14Muhammad Afif Daniel Abdul Hadi √
17Muhammad Hairil Syazwan Kamis √
19Mohd Faris Hafiy Mad Nazir √
20Muhammad Zaim Mohamad Hilmi √
23Auni Danish Aimar Zainizam √
35Adam Syakirin Muhammad Yusri √
55Muhammad Iman Safwan Mohd Harris √
66Muhammad Haziq Hakimi Nor Hisham √
NO

SERANGAN (FORWARDS)

10Mohamad Shahrul Aiman Zuraidi √
27Che Aizil Azrien Che Azri √
28Muhammad Shahrul Hakimi Zulkifli √
71Muhammad Syobirin Mohamad Zuhri √

Media Sosial Rasmi KDA FC

Adalah diharapkan semoga senarai di atas ini mampu menjulang nama Kedah di persada bolasepak Malaysia tahun ini sekaligus memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain di aksi bolasepak “Tier 2” negara.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor