Panduan terkini dikemaskini pada

Kesan Kegiatan Vandalisme Di Malaysia Pada Masa Kini

Berikut disertakan contoh karangan Bahasa Melayu PT3 yang bertajuk ‘Kesan Kegiatan Memusnahkan Harta Benda Awam Di Malaysia’. Ianya merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja. Jelaskan kesan-kesan akibat perbuatan vandalisme di negara kita.

Kesan Gejala Vandalisme Di Malaysia Pada Masa Kini

Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti perbuatan negatif sehingga menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.

vandalisme

Impak yang paling ketara ialah masalah ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja.

Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan. Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada masa yang sama amalan ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.

Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan perbuatan ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.

Contoh 2

Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutamanya golongan remaja. Golongan yang berfikir sempit ini sanggup melakukan aktiviti vandalism sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya masyarakat seumum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.

Impak yang paling ketara ialah masalah ini mencacatkan pandangan di tempat-tempat seperti tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga dengan kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan yang telah disediakan di situ sudah dimusnahkan dengan begitu sahaja. Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan mata masyarakat kita ini, malah masyarakat luar juga akan mempunyai tanggapan bahawa rakyat di negara ini tidak menghargai dan mementingkan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan.

Selain itu, masalah ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat akan kehilangan hak untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya dapat menjamin keselesaan hidup seperti telefon awam yang seringkali digunakan oleh masyarakat. Sekiranya berlaku kecemasan, bagaimana masyarakat hendak menggunakan kemudahan ini jika dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Masalah ini boleh membawa kepada banyak keburukan, malah kematian juga boleh berlaku.

Bukan itu sahaja, imej negara turut akan terjejas. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk melancong ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling yang buruk serta rakyat yang tidak prihatin. Kesannya, industri pelancongan akan merosot. Pada masa yang sama, hal ini boleh memberikan kesan buruk kepada rakyat negara. Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan. Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat kemerosotan industri pelancongan dan ini akan menyebabkan rakyat menganggur kerana kurang sektor pekerjaan.

Kesimpulannya, masalah ini yang membawa kepada lebih banyak masalah yang perlu dihadapi oleh semua pihak harus ditangani dengan secepat mungkin. Semua pihak patut bergabung tangan untuk menyelesaikan masalah yang boleh membawa impak negatif kepada seluruh negara ini demi kemakmuran dan kemajuan negara kita supaya boleh mencapai Wawasan 2020 yang diharapkan oleh seluruh warganegara Malaysia.

Related : merosakkan harta benda awam ibu bapa masalah sosial pihak kerajaan remaja yang melakukan vandalisme undang undang kerana mereka terpaksa berbelanja wang kerajaan kerana kerajaan kerana mereka terpaksa memberi kesan kesan vandalisme memainkan peranan mengubah sikap untuk menarik