Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Pemain Kuching City FC 2025 – 2026

Skuad Pemain Kuching City FC 2025 – 2026. Pasukan dari Sarawak ini merupakan di antara pasukan yang boleh mencabar JDT dan Selangor FC pada aksi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025-2026. Berbekalkan hasil musim lepas di tangga ke 4 liga dengan sokongan penyokong setia, skuad di bawah kendalian Ketua jurulatih NSFC, Aidil Sharin Sahak dari Singapura ini di lihat boleh pergi jauh sekurang-kurangnya layak ke peringkat Asia musim depan.

Pengurusan kelab telah membawa beberapa pemain baharu untuk musim 2025/26 termasuklah Gabriel Nistelrooy, Joao Pedro, Scott Woods, Haziq Nadzli dan Danial Asri. Gabungan pemain muda, tempatan berpengalaman dan import berkaliber dijangka membentuk skuad yang lebih kompetitif untuk menghadapi cabaran Liga Super musim ini.

Latar Belakang Kelab Kuching City FC

Kuching City Football Club, yang dikenali sebagai Kuching City FC, adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kelab ini mewakili ibu negeri Sarawak, yang terkenal dengan warisan budaya yang kaya dan Sungai Sarawak yang ikonik. Ditubuhkan dengan misi untuk membawa bola sepak peringkat profesional ke kawasan tersebut dan untuk memberi inspirasi kepada bakat tempatan, Kuching City FC dilihat sebagai mercu tanda bola sepak di Borneo, memupuk pendekatan berpusatkan komuniti yang melibatkan peminat dan mempromosikan semangat kesukanan.

Kuching City FC ditubuhkan pada tahun 2015, pada asalnya bersaing sebagai Kuching FA dalam Liga M3 Malaysia, liga ketiga dalam bola sepak Malaysia. Dengan komitmen untuk membangunkan bakat tempatan dan meningkatkan kehadiran sukan ini di Sarawak, kelab ini dengan cepat memperoleh pengikut setia. Kejayaan Kuching FA membawa kepada kemajuan yang pesat, dan pada tahun 2020, mereka mendapat promosi ke Liga Perdana Malaysia (divisyen kedua) dengan meraih promosi melalui prestasi dan ketahanan mereka yang gigih. Menjelang tahun 2021, kelab ini menjenamakan semula diri sebagai Kuching City FC untuk mencerminkan cita-cita profesionalnya dan untuk mewakili identiti bandar tersebut di peringkat kebangsaan dengan lebih baik.

Pada tahun 2022, Kuching City FC mencapai satu pencapaian bersejarah dengan memperoleh promosi ke Liga Super Malaysia, menandakan kemasukan mereka ke liga bola sepak teratas negara. Pencapaian ini adalah bukti kepada pertumbuhan dan cita-cita kelab tersebut, meletakkan bola sepak Sarawak dengan kukuh di peta.

Senarai Pemain Kuching City FC 2025 -2026 Skuad The Cats

Berikut adalah senarai pemain skuad The Cats untuk musim Liga Malaysia 2025 – 2026. Gelanggang rasmi tuan rumah adalah Stadium Negeri Sarawak di Kuching.

Di antara pemain import yang bakal beraksi dengan skuad dari Kuching, Sarawak ini adalah James Okwousa sebagai kapten, Joao Pedro, Scott Woods, Moses Atede dan Ronal Ngah.

Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa dimana senarai rasmi boleh dirujuk di Media Sosial Rasmi pasukan yang dikongsikan di bawah ini.

 SENARAI PEMAIN KUCHING FC 2025 – 2026
NO

PENJAGA GOL

1 Syafie Mursalim
20 Haziq Nadzli.
39 Wan Azraie
55 Shahril Saa’ri.
NO

PERTAHANAN

2 Jimmy Raymond.
3 Rodney Celvin.
5 Scott Woods (Import Filipina).
6 Arif Fadzilah (Pinjaman dari T F C).
27 Filemon Anyie.
35 James Okwuosa (Import Nigeria) – Kapten.
60 Yohanis Daniel
64 Badrul Hisham
77 Yuki Tanigawa (Import Jepun)

Senarai pemain Kuching City FC untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

10 Petrus Shitembi (Import Namibia).
21 Danial Amier (Pinjaman dari J D T).
22 Joao Pedro (Import Timor Leste).
44 Alif Hassan.
50 Diego Baggio
80 Azcang Milkias
25 Moses Atede (Import Bahrain-Nigeria).
NO

PENYERANG (FORWARDS)

7 Ramadhan Saifullah
8 Hazwan Bakri.
11 Shamie Iszuan.
14 Amir Amri
17 Danial Asri.
18 Ronald Ngah Wanja (Import Cameroon).
17 Gabriel Nistelrooy (Pinjaman dari J D T).
28 Jordan Mintah (Import Ghana)
29 Zharmein Ashraf
88 Zahrul Nizwan.

Media Sosial Rasmi Kuching City FC

Semoga senarai pemain Kuching City FC 2025-2026 ini mampu menaikkan nama skuad The Cats dalam arena bola sepak di Malaysia tahun ini.