Senarai Pemain Kelantan The Real Warriors FC 2025 – 2026 Skuad TRW

Skuad Pemain Kelantan 2025 – 2026 TRW. Pasukan The Real Warriors Football Club yang ingin melupakan aksi hambar musim lalu kini dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025 – 2026 di saingan Liga Super Malaysia (LS).

Senarai pemain Kelantan kini dalam proses untuk dimuktamadkan dalam musim perpindahan pemain 2026. Pasukan Kelantan TRW dijangka dibarisi ramai pemain baru disebabkan masalah kewangan yang melanda pasukan baru-baru ini.

Kelab yang sebelum ini dikenali sebagai Kelantan Darul Naim (KDN) FC itu melakukan perubahan besar termasuk dari aspek pengurusan, jenama dan skuad mereka bagi menghadapi musim 2025/2026. Skuad kendalian E Elavarasan itu akan membuka tirai saingan Liga Super 2025/2026 berdepan Kuching City di Stadium Negeri, Kuching pada 9 Ogos 2025.

Sejarah Kelantan The Real Warriors FC

Kelab bolasepak, Kelantan The Real Warriors adalah sebuah kelab bola sepak profesional Malaysia yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Kelab ini bermain dalam Liga Super Malaysia, liga bola sepak teratas Malaysia, selepas dinaikkan dari Liga Perdana Malaysia pada tahun 2022.

Pembentukan Kelab

Kelab ini sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan Football Club (MPKB-BRI UBeS FC). Mereka menyertai pertandingan bola sepak Malaysia pada tahun 2016 apabila kelab itu diterima untuk bersaing dalam Liga FAM. Kelab itu mengakhiri musim di tempat kelapan.

Untuk musim 2017, mereka menyertai Piala FA Malaysia. Kelab tersebut kemudiannya dinamakan semula sebagai Kelantan United Football Club sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan di kawasan tempatan. Pada tahun 2023, kelab tersebut dinaikkan ke Liga Super Malaysia buat kali pertama dalam sejarah mereka. Pada 2 Jun 2023, Kelantan United mencatatkan kemenangan pertama mereka di liga utama menentang seteru bandar Kelantan, dengan keputusan 4–1.

Penjenamaan Semula

Dalam musim Liga Super Malaysia 2024–25, Kelantan United telah diberi nama baru sebagai Kelantan Darul Naim Football Club. Presiden kelab, Rozi Muhammad berkata penjenamaan semula itu datang daripada keinginan pihak pengurusan untuk menyatukan penyokong Kelantan di bawah satu panji. Pada tahun 2025, mereka diberi nama semula, kali ini sebagai Kelantan The Real Warriors Football Club.

Senarai Pemain Kelantan 2025 – 2026 Skuad The Real Warriors FC TRW

Kelantan The Real Warrior (TRW) FC bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain import dalam saingan Liga Super 2025-2026 yang bermula awal Ogos 2025. Nama semua pemain itu diumumkan penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa sekali gus menamatkan spekulasi pemain import kelab itu.

Mereka ialah ialah Ifedayo Olusegun, Prince Aggreh, Damyan Damyanov, Hein Htet Aung, Albert Kang, Alexandre Yeoule, Muayad Al Khouli, Simen Lyngbo, Abdul Sesay dan Yusuf Sesay.

Ifedayo dan Aggreh bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia kerana kedua-duanya pernah mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu dengan mewakili mewakili PDRM FC.

Damyanov pula ialah penjaga gol dari Bulgaria dan graduan akademi kelab Ludogorets dan beliau dijangka bersaing dengan Azfar Arif dan Fikri Che Soh untuk posisi penjaga gol utama.

Yeoule, Muayad, Lyngbo dan Yusuf pula dibawa masuk bagi memantapkan bahagian pertahanan selepas pasukan Pantai Timur itu melepaskan 82 gol pada musim lalu.

Sementara, Abdul Sesay pula diharap dapat mengetuai jentera serangan Kelantan TRW bersama Ifedayo dan Aggreh selain penyerang tempatan lain di kelab berkenaan.

Skuad Pemain Kelantan TRW Musim 2025 – 2026 Liga Super

Berikut adalah senarai rasmi pemain Kelantan The Real Warriors FC yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Ianya memaparkan nama dan posisi pemain serta senarai pemain import Kelantan 2025 – 2026 :-

 SENARAI PEMAIN KELANTAN TRW 2025 – 2026
NO

PENJAGA GOL

18Azfar Arif Mohd Sukri √√
33Fikri Che Soh √√
13Damyan Damyanov (Import Bulgaria) √√
NO

PERTAHANAN

15Nik Umar Nik Azizi √√
50Rakesh Munusamy √√
23Azwan Aripin √√
45Faris Shah Rosli √√
11Wan Amirul Afiq √√
5Alexandre Yeoule (Import Ivory Coast) √√
2Simen Lyngbo (Import Filipina) √√
66Yusuf Sesay (Import Sierra Leone) √√
4Sebastian Avanzini (Import Itali) √√

Senarai pemain Kelantan TRW untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

20Danial Haqim Draman √√
19Syaahir Saiful Nizam (U23) √√
25Syahir Rashid √√
14Nor Azam Azih √√ (K)
17Syafik Ismail √√
8Albert San Kang (Import Kanada) √√
10Habib Haroon (Import Bahrain) √√
7Obus Prince Austin Aggreh (Import Nigeria/ Bahrain) √√
27Saifu Izamander (Import Sweden) √√
30Hein Htet Aung (Import Myanmar) √√
NO

PENYERANG (FORWARDS)

21Khairul Izuan Rosli √√
26T. Saravanan √√
70Sean Selvaraj √√
12Ifedayo Olusegun (Import Nigeria) – Kapten √√
24Abdul Sesay (Import Sierra Leone) √√
29Farris Izdiham Awang Kechik √√
88Muhammad Asraf Aliffuddin √√
36Noel Mbo (Import Congo) √√

Media Sosial

Semoga senarai Pemain Kelantan 2025 – 2026 TRW mampu melonjakkan pasukan Kelantan di Liga Super musim ini. Moga musim baru Liga Malaysia akan memberikan semangat baru buat pasukan dari Pantai Timur ini.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor