Borang Permohonan Murid Ke Tahun 1 2027 Online. Anda ibu bapa yang ingin mendaftar anak anda ke sekolah rendah kerajaan tahun 2027 nanti? Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1 tahun 2027) di seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan ambilan 2027 akan di buka secara online.
Permohonan online akan dibuka pada 15 Februari 2026 sehingga 31 Mac 2026 di Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) untuk sekolah di Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.
Pendaftaran dibuka kepada anak warganegara Malaysia dalam kohort enam tahun (5+), iaitu kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari hingga 31 Disember 2021, serta kohort tujuh tahun (6+) merangkumi kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021. Ini selaras dengan keputusan kerajaan yang membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan.

Kenyataan Media KPM Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik Tahun 2027

Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2027 Online (idme.moe.gov.my)
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 ambilan 2027 meliputi tarikh penting permohonan, rayuan dan borang online.
Ianya adalah untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan secara online menggunakan applikasi idMe.
Untuk makluman, pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui MOEIS di
π https://idme.moe.gov.my
Siapa Yang Layak Mendaftar Pendaftaran Tahun 1 2027
Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
β Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia:
- π§π»π¦π» 6 tahun (5+): Lahir 2 Jan β 31 Dis 2021
- π§π»π¦π» 7 tahun (6+): Lahir 2 Jan 2020 β 1 Jan 2021
β¨ Bermula 2027, kanak-kanak berusia enam tahun (5+) boleh memasuki Tahun 1 secara sukarela tanpa ujian saringan.
Cara Daftar Tahun 1 Online (idme.moe.gov.my)
- Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan
- Tarikh Buka Permohonan : 15 Februari 2026 Hingga 31 Mac 2026
- Aplikasi Permohonan :
- Pendaftaran secara dalam talian boleh di buat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) di laman sesawang atau imbas kod QR.
- https://idme.moe.gov.my/
- Pengguna idMe yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
- Rujuk juga Panduan (Manual Permohonan)

Untuk panduan step-step untuk mendaftar, sila rujuk kepada langkah berikut :-
- Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Soalan Lazim (FAQ) β Pendaftaran Tahun 1 & Semakan Penempatan Sesi 2027
1. Siapakah yang layak mendaftar Tahun 1 bagi sesi 2027?
Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara 2 Januari β 31 Disember 2021 (Kohort 6 tahun) dan 2 Januari 2020- 1 Januari 2021 (Kohort 7 tahun) layak didaftarkan untuk memasuki Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027.
2. Bila Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 Dibuka dan Ditutup?
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 boleh dilakukan bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026
3. Di mana boleh saya membuat pendaftaran Tahun 1?
Pendaftaran dibuat secara dalam talian melalui sistem idMe KPM: https://idme.moe.gov.my
4. Bagaimana cara untuk semak keputusan penempatan Tahun 1 sesi 2027?
Keputusan penempatan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web idMe KPM melalui portal idMe. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.
5. Bolehkah saya membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan penempatan?
Ya, rayuan boleh dibuat secara online selepas keputusan penempatan diumumkan. Alasan rayuan perlu kukuh dan akan dinilai oleh Pejabat Pendidikan Daerah.
6. Bila rayuan dibuka?
Rayuan penempatan Tahun 1 sesi 2027 dibuka dalam talian selepas penempatan diumumkan. Lazimnya pada tahun sebelumnya, tempoh rayuan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos.
7. Apa perlu dibuat jika terlupa kata laluan idMe?
Klik βLupa Kata Laluanβ di laman log masuk idMe dan ikut arahan seterusnya. Jika masih gagal, hubungi bantuan teknikal idMe atau pergi ke sekolah pilihan untuk mendapatkan bantuan.
Cara Hubungi
Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 untuk Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 β 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
No. Tel : 03-88843501
No. Fax : 03-88895244
Email : supportidMe@moe.gov.my
Rujukan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sila klik JPN
Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tahun 1
Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan jangkaan pada sekitar bulan Oktober (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di idMe.
Berikut adalah tarikh penting pendaftaran dan keputusan beserta rayuan untuk ambilan tahun lepas. Untuk tahun semasa, tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa:-
- *Tarikh Pendaftaran dibuka : 15/02/2026
- *Tarikh tutup pendaftaran : 31/03/2026
- *Tarikh pendaftaran lewat dibuka : –
- *Tarikh pendaftaran lewat ditutup : –
- *Tarikh Rayuan Dibuka : –
- *Tarikh Rayuan Ditutup : –
- *Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : –
- *Tarikh Tamat Pengesahan Penempatan : –
- *Tarikh Surat penempatan/ keputusan pendaftaran : –
*Tarikh Keputusan Rayuan : –
Selamat memohon buat ibu bapa semua. Moga sistem permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2027 Online dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.
Ref : kementerian pendidikan malaysia kpm secara dalam talian, id pengguna laman web, 2023 secara online, tahun 1 sesi persekolahan, mulai 1 mac 2021,



