Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Timur Tengah Sesi 2025/ 2026 Online (Mesir)

Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2025/ 2026 Online. Anda berminat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah? Permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah – Mesir dan Jordan bagi sesi kemasukan 2025/ 2026 akan dibuka pada Mei 2025 untuk lepasan STAM dan lepasan SPM dan Diploma Qiraat.

Untuk makluman, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah perlu membuat permohonan secara atas talian di applikasi permohonan yang dikongsikan di bawah ini. Program pengajian yang diatwarkan adalah Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam.

permohonan pengajian ke timur tengah

Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi Kemasukan 2025/ 2026 online 

Berikut adalah maklumat penting tentang tarikh permohonan dibuka dan tarikh tutup permohonan.

A. Permohonan Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Permohonan atas talian lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 2 Mei 2025 dan akan ditutup pada 31 Mei 2025.

Pemakluman kepada pelajar yang layak mohon akan diumumkan pada bulan Jun. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.

*Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dihantar secara (pos laju/pos berdaftar/serahan tangan) ke Bahagian Education Malaysia Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.

*Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf adalah berjumlah RM350.00 seorang.

B. Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Permohonan atas talian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 2 Mei 2025 dan akan ditutup pada 31 Mei 2025

Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.

*Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dibawa bersama ketika proses pendaftaran pelajar di Universiti yang dipohon.

*Wang pemprosesan perlu diserahkan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dalam bentuk bank draf mengikut jumlah yang telah ditetapkan iaitu bagi pemilihan IPT di Jordan bayaran berjumlah RM520.00 seorang, Universiti Al-Azhar di Mesir bayaran berjumlah RM350 dan selain universiti Al-Azhar bayaran berjumlah RM285.00.

C. Aplikasi Permohonan

Borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi pada tarikh yang dinyatakan.

3 Jun – 20 Jun 2025 : Proses Semakan Kelayakan melalui Sistem e-timur Tengah

23 Jun – 11 Julai 2025

1. Hebahan kepada pelajar yang melepasi syarat kelayakan minimum diumumkan melalui sistem e-timur tengah: BUKA : 23 Jun 2025 – 12 tengah hari TUTUP : 11 Julai 2025 – 5 petang

2. Pelajar memuat turun dokumen Borang Pengesahan Bayaran bagi mendapatkan maklumat bayaran.

3. Pelajar perlu melengkapkan Borang Pengesahan Bayaran serta menyelesaikan bayaran menggunakan kaedah JomPay Jabatan Pendidikan Tinggi. (Maklumat pembayaran dijelaskan dalam Borang Pengesahan Pembayaran Wang Proses). Jumlah bayaran adalah seperti berikut: Mesir : RM350 (Pengajian Islam) : RM350 (Qiraat) : RM285 (Sains Kesihatan)

4. Borang Pengesahan Bayaran serta Bukti Bayaran perlu dihantar kepada BPPT dengan kaedah memuat naik dokumen-dokumen tersebut melalui sistem e-timur tengah, dan menghantar salinan asal melalui poslaju/di kaunter BPPT

5. Pelajar memuat turun dokumen lain seperti Senarai Semak/Borang Aku Janji/ Borang Perakuan Kesihatan yang perlu dibawa sendiri ke Mesir bagi urusan pendaftaran di sana.

6. Pelajar akan menghantar emel rayuan ke tt.bem@mohe.gov.my sekiranya terdapat masalah dalam semakan kelayakan.

Maklumat Penting Permohonan Timur Tengah 2025/ 2026

Pemohon bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.

KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.

Sila rujuk

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi seperti berikut :-

  • Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
  • No. Tel : 03-8870 6627/ 6226
    No. Faks. : 03-8870 6853
  • Emel : tt.bem@mohe.gov.my

Selamat memohon dan semoga berjaya buat pemohon  Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2025/ 2026 Online. Semoga berjaya dalam permohonan ini nanti.

Ref : unified admission system for foreign students uasfs, lepasan sijil asal dan salinan yang telah disahkan perlu, kaedah permohonan melanjutkan pengajian ke timur tengah mesir dan jordan bagi sesi kemasukan, ahli dewan undangan negeri pesuruhjaya sumpah pengetua guru besar ketua kampung penggawa penghulu, ogos 2024 pihak kementerian pendidikan tinggi, janji permohonan melanjutkan pengajian ke timur tengah mesir dan jordan bagi sesi kemasukan, disahkan oleh bahagian konsular kementerian luar negeri, wang pemprosesan perlu memuat naik dokumen dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini, 31 mei 2025 sabtu jam,