Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan PraSekolah KPM 2026 – 2027 Online

E-Prasekolah : Cara Daftar PraSekolah KPM 2026 – 2027 Online. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM bagi sesi persekolahan tahun 2026 – 2027 akan dibuka mulai 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025 untuk pendaftaran atas talian (online).

Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah di mana pengguna yang baru menggunakan sistem ini hendaklah perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif. Namun, bagi ibu bapa atau penjaga anak yang lebih selesa menggunakan kaedah secara ‘offline’, pendaftaran boleh dilakukan secara manual di sekolah prasekolah yang dipohon bermula 1 Mac 2025 sehingga 31 Mei 2025.

daftar prasekolah

Konsep Pendidikan Prasekolah

Pendidikan ini adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum memasuki ke Tahun Satu.

Ianya bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Objektif pendidikan ini adalah :-

  1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  2. Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  3. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  4. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  5. Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  6. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  7. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  8. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
  9. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Pendaftaran PraSekolah KPM 2026 – 2027 Online

Berikut dikongsikan maklumat Pendaftaran PraSekolah KPM 2026 Online untuk panduan ibu bapa penjaga. Mereka yang mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, boleh memohon.

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Kanak – Kanak Warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2020 sehingga 15 Januari 2022
  3. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit

Cara Mendaftar PraSekolah 2026 KPM

A. Online / Atas Talian

Tarikh Permohonan Buka & Tutup : 1 Mac 2025 sehingga 30 April 2025

Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePraSekolah.

  • Applikasi Permohonan : KPM
  • Manual Pengguna : Klik Manual

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu

  1. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
  2. Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
  3. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2025

Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut.

Untuk paparan yang jelas, sila rujuk proses permohonan atas talian seperti grafik langkah-langkah berikut :-

eprasekolah online

B. Permohonan Manual 

Tempoh permohonan secara manual bermula dari 1 Mac 2025 sehingga 31 Mei 2025

  1. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon

eprasekolah manual

Check Status PraSekolah Online

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja. Pemilihan murid adalah dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan status adalah muktamad.

Status permohonan/ pendaftaran boleh disemak secara online pada 5 Ogos 2025 dengan mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan LAMAN PENGGUNA. Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.

Maklumat Lanjut

Bantuan Helpdesk

a. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)

b. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan ke Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah setiap negeri beserta emel berikut :-

  1. JPN Johor eprasekolah.johor@moe.gov.my
  2. JPN Kedah epra.kedah@moe.gov.my
  3. JPN Kelantan prasekolah.kelantan@moe.gov.my
  4. JPN Melaka epra.melaka@moe.gov.my
  5. JPN Negeri Sembilan jpnn9.eprasekolah@moe.gov.my
  6. JPN Pahang epra.pahang@moe.gov.my
  7. JPN Perak jpnperak.upkk@moe.gov.my
  8. JPN Perlis eprasekolah.perlis@moe.gov.my
  9. JPN Pulau Pinang eprasekolah.pp@moe.gov.my
  10. JPN Sabah prasekolah.jpnsabah@moe.gov.my
  11. JPN Sarawak prasek.jpnswk@moe.gov.my
  12. JPN Selangor selangor.epra@moe.gov.my
  13. JPN Terengganu upra.jpnt@moe.gov.my
  14. JPWP Kuala Lumpur jpwpkl.epra@moe.gov.my
  15. JPWP Labuan eprasekolah.wplabuan@moe.gov.my
  16. JPWP Putrajaya eprasekolah.putrajaya@moe.gov.my

Jika mempunyai aduan berkenaan sistem sila emelkan kepada: eprasekolah@moe.gov.my Sila nyatakan nombor MyKid anak dan nombor MyKad pemohon (Ibu Bapa/Penjaga) dalam email tersebut.

Selamat membuat Permohonan. Semoga perkongsian cara daftar murid PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermanfaat buat semua.