Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan TABIKA KEMAS 2026 & TASKA

Berita baik buat ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak mereka ke TABIKA (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) dan TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak). Menerusi makluman, Portal Rasmi KEMAS dan Facebook KEMAS Official, permohonan TABIKA KEMAS 2026 beserta pendaftaran TASKA KEMAS akan dibuka bermula 25 Mei 2025.

Permohonan kemasukan adalah melalui borang PDF yang boleh dimuat turun secara atas talian di Portal Rasmi KEMAS atau boleh didapati di TABIKA KEMAS berhampiran dengan tempat tinggal anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, daftar sekarang.

Pendaftaran Tabika Dan Taska KEMAS 2026

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  • Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Tabika dan Taska Kemas ambilan tahun 2026 meliputi tarikh permohonan, syarat pendaftaran dan link/ pautan muat turun borang pendaftaran.

A) Tarikh Permohonan

Berikut adalah tarikh penting permohonan :-

  • Tarikh Buka : 25 Mei 2025
  • Tarikh Tutup : 31 Ogos 2025

B) Syarat-Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS & TASKA

Sebelum memohon, sila pastikan anak-anak anda melepasi syarat kelayakan berikut :-

i) TABIKA

Permohonan pendaftaran TASKA adalah terbuka kepada:-

  • Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
    Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun)
  • Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025/2026 akan dibuka mulai 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025
  • Borang permohonan boleh di muat turun melalui Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat serta di semua Tabika KEMAS (lokasi seperti disenaraikan di bawah)
  • Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak)
  • Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas

ii) TASKA

Kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 hingga 2024 sahaja

C) Muat Turun Borang TABIKA / TASKA KEMAS 2026 & Senarai Dokumen

Untuk muat turun borang permohonan dalam PDF, sila klik KEMAS 2026

Ibu bapa perlu mengisi borang yang telah dimuat turun dengan LENGKAP dan menghantar senarai dokumen yang diperlukan ke Tabika pilihan mereka.

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan bersama borang:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) serta rekod imunisasi

Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.

  • Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat
  • Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.

Iklan Permohonan

Untuk panduan ibu bapa atau penjaga, sila rujuk kepada iklan permohonan di bawah:-

tabika kemas 26

taska kemas 26

Senarai Alamat TABIKA KEMAS

Senarai alamat tabika Kemas mengikut negeri adalah seperti berikut :

Senarai Alamat TASKA KEMAS

Senarai alamat taska Kemas mengikut negeri :

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan info terkini, ibu bapa dan penjaga boleh merujuk kepada media sosial dan telefon seperti berikut:

Facebook : KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
Laman web rasmi : KEMAS
Telefon : 03-8891 2682

Selamat membuat Permohonan dan didoakan semoga pendaftaran anda berjaya.

Ref : akta taman asuhan kanak kanak taska, kementerian pendidikan awal kanak kanak mengurus, kanak 4 6 tahun, kanak 2 4 tahun, bahagian pendidikan awal kanak kanak mengurus, kanak 1984 di bawah,