Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan PraSekolah 2022 Online & Manual

Bilakah tarikh semakan PraSekolah 2022? Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang telah membuat permohonan pendaftaran ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac/ April yang lalu. Menerusi makluman Manual Permohonan e-PraSekolah, Semakan Keputusan PraSekolah 2022 Online boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).

Dikongsikan juga maklumat berkaitan cara membuat permohonan rayuan PraSekolah serta tarikh semakan rayuan. Untuk ibu bapa atau penjaga yang telah membuat permohonan kemasukan murid ke Tahun 1 2022, sila rujuk KEMASUKAN TAHUN 1 untuk maklumat tarikh penting dan applikasi semakan.

semakan keputusan prasekolah 1

Semakan Keputusan Kemasukan PraSekolah 2022 Online

Seperti yang dinyatakan dan menerusi maklumat di manual permohonan e-PraSekolah, Ibu bapa/ penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan ke Pra Skolah KPM 2022 anak mereka melalui beberapa kaedah seperti berikut :-

a. Semakan Secara Online (Atas Talian)

Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman sesawang ePra Sekolah bermula dari 5 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan)

b. Secara Manual Iaitu Melalui Sekolah Dimohon

Semakan keputusan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan)

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2022 KPM

Berikut adalah sedikit panduan buat ibu bapa/ penjaga yang ingin membuat rayuan permohonan kemasukan:-

  • a. Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan iaitu dari 5 Ogos 2021
  • b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW

Semakan Keputusan Rayuan

  • c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2021 (tertakluk kepada pindaan)
  • d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi :-

  • a. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  • b. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • c. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
    Atau
  • Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my

Bantuan Helpdesk

a. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
b. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan :-

Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah Alamat Emel

JPN Johor eprasekolah.johor@moe.gov.my
JPN Kedah epra.kedah@moe.gov.my
JPN Kelantan sukri.hassan@moe.gov.my
JPN Melaka epra.melaka@moe.gov.my
JPN Negeri Sembilan jpnn9.eprasekolah@moe.gov.my
JPN Pahang epra.pahang@moe.gov.my
JPN Perak jpnperak.upkk@moe.gov.my
JPN Perlis eprasekolah.perlis@moe.gov.my
JPN Pulau Pinang eprasekolah.pp@moe.gov.my
JPN Sabah prasekolah.jpnsabah@moe.gov.my
JPN Sarawak prasek.jpnswk@moe.gov.my
JPN Selangor selangor.epra@moe.gov.my
JPN Terengganu upra.jpnt@moe.gov.my
JPWP Kuala Lumpur jpwpkl.epra@moe.gov.my
JPWP Labuan eprasekolah.wplabuan@moe.gov.my
JPWP Putrajaya eprasekolah.putrajaya@moe.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan. Tahniah kepada murid yang berjaya dalam status permohonan.