Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Air Pasang Surut Malaysia Online (Ramalan)

Jadual air pasang surut kini boleh disemak secara online dari masa kesemasa mengikut tarikh dan masa terkini bagi memudahkan orang ramai amnya dan buat kaki pancing khasnya. Maklumat mengenai air pasang surut ada disediakan untuk 12 lokasi di Semenanjung Malaysia, 6 lokasi di Sabah dan 4 lokasi di Sarawak.

Pasang surut adalah fenomena alam yang menggambarkan naik-turunnya permukaan air laut di mana ianya erupakan peristiwa naik-turunnya permukaan air laut yang disebabkan oleh dua faktor utama iaitu:-

  • Faktor elemen astronomi, yang melibatkan daya tarikan antara badan cakerawala terutama bulan dan matahari.
  • Faktor elemen bukan astronomi, yang melibatkan arus, gelombang, angin, topografi dasar laut, gempa bumi dan lain-lainnya.

Kerana kedua-dua faktor di atas, maka nilai naik-turunnya permukaan air laut selalu berubah-ubah dan bergantung pada perubahan kedudukan dari badan cakerawala terhadap tempat melakukan cerapan pasang surut.

Cara Semak Jadual Air Pasang Surut Malaysia Secara Online

Semakan ramalan Air Pasang Surut di Malaysia boleh di semak secara online di Portal Rasmi JUPEM. Terdapat sebanyak 22 stesen di seluruh Malaysia di mana anda boleh membuat semakan air pasang secara terkini. Moga ianya bermanfaat.

jadual air pasang surut

Semakan Ramalan Air Pasang Surut Malaysia Secara Online – Sumber JUPEM

Berikut adalah senarai stesen untuk semakan jadual di Malaysia :-

  1. Pulau Langkawi, Kedah
  2. Pulau Pinang, Pulau Pinang
  3. Lumut, Perak
  4. Perlabuhan Kelang, Selangor
  5. Tanjung Keling, Melaka
  6. Kukup, Johor
  7. Johor Bahru, Johor
  8. Tanjung Sedili, Johor
  9. Pulau Tioman, Pahang
  10. Tanjung Gelang, Pahang
  11. Cendering, Terengganu
  12. Geting, Kelantan
  13. Pulau Lakei, Sarawak
  14. Sejingkat, Sarawak
  15. Bintulu, Sarawak
  16. Miri, Sarawak
  17. Kota Kinabalu, Sabah
  18. Kudat, Sabah
  19. Sandakan, Sabah
  20. Lahad Datu, Sabah
  21. Tawau, Sabah
  22. Labuan, W.P. Labuan

Sila klik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk maklumat ramalan air pasang surut semua stesen yang dinayatakan/

Semoga perkongsian Semakan Secara Online ini bermanfaat buat semua terutama kaki pancing.

Related search : kerosakan yang dialami kerana waktu operasi kerajaan malaysia dan jabatan pemetaan malaysia jupem menggunakan maklumat dalam portal malaysia dan jabatan ukur bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian sebarang kerugian atau kerosakan untuk memberikan dialami kerana menggunakan maklumat malaysia jupem tidak bertanggungjawab paparan terbaik adalah dengan menggunakan internet explorer versi 10 ke atas mozilla firefox versi 3 ke atas dan google chrome