Semakan Bacaan IPU Terkini Indeks Pencemaran Udara Jerebu Malaysia

Panduan terkini dikemaskini pada 18 September 2019 jam 07:19 AM

Semak Bacaan IPU Terkini Online. Orang ramai boleh membuat semakan bacaan IPU terkini Malaysia secara online dengan merujuk kepada Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar di http://www.doe.gov.my.  Untuk panduan, semakan besar atau tinggi tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), maka semakin teruk atau tinggi tahap jerebu di sesuatu kawasan. Berikut adalah cara-cara membuat semakan IPU Terkini Malaysia yang boleh disemak secara online.

Tiap-tiap tahun Malaysia dilanda jerebu. Bilangan kes akibat jerebu meningkat setiap tahun. Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti batuk, selsema, demam, sesak nafas, dan allergik. Oleh itu, sediakan kelengkapan yang sepatutnya seperti Topeng Jerebu. Cegah sebelum sakit menjadi teruk. Jika ianya tidak berjaya dan simptom anda semakin teruk, pastikan anda mendapatkan rawatan di Klinik berdekatan.

semakan ipu jerebu

Semakan Bacaan IPU Terkini Malaysia

Berikut adalah pautan link semakan bacaan IPU terkini di Malaysia :-

  1. PETA BACAAN IPU
  2. JADUAL BACAAN IPU IKUT KAWASAN

Status Bacaan IPU :

  • 1) 0 dan 50 dikategori sebagai baik,
  • 2) 51 hingga 100 (sederhana),
  • 3) 101 hingga 200 (tidak sihat),
  • 4) 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan
  • 5) 300 ke atas (berbahaya).

DOA KETIKA CUACA BURUK ( JEREBU )

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.

Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya
Sumber FB Jab Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Bacaan Terkini IPU Jerebu Di Malaysia

Semoga Bacaan IPU Terkini Indeks Pencemaran Udara Jerebu di kawasan rempat tinggal anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat.