Semakan Keputusan PSPM 2018/ 2019 Peperiksaan Matrikulasi

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 10:37 PM

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2018/ 2019 Online. Semakan keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh disemak secara online seperti butiran dan tarikh/masa berikut. Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah program persediaan bagi pelajar bumiputera dan 10 % bukan Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam (UA).

Semakan Keputusan PSPM 2018/ 2019 Online (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)

Tempoh pengajian program pra-universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) adalah untuk tempoh 4 semester. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke IPTA melalui Permohonan UPU online.

pspm matrikulasi

Berikut adalah makluman keputusan peperiksaan Matrikulasi buat panduan pelajar. Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan PSPM untuk PST dan PDT Program Matrikulasi KPM sesi 2018/ 2019:-

  1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I Sesi 2018/2019
  2. PDT – Program Matrikulasi Dua Tahun Semester I Sesi 2018/2019
  3. PDT – Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester III Sesi 2018/2019

Nota : Keputusan PSPM untuk ketiga-tiga kategori diatas adalah pada 5 Disember 2018 (Hari Rabu) bermula jam 1000 pagi. Semua maklumat yang dikongsikan adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.

Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2018-2019 Online

a) Semakan Online Melalui Laman Web

b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • Taipkan MOE MAK <no kad pengenalan> hantar ke 15888
  • Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

c) Panggilan Telefon

  • i. Kolej masing-masing.
  • ii. Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 8884 4083 dan 03 8884 4108.

Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan ini. Semoga anda terus cemerlang dan dapat memasuki Universiti Awam melalui permohonan UPU online.