Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan 2026 – 2027. Adalah dimaklumkan yang semakan keputusan penempatan murid ke Tahun 1 Ambilan 2026 boleh disemak secara online melalui sistem idME.
Tarikh semakan tahun 1 adalah dijangka bermula dari 1 Ogos dan buat mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan secara atas talian.
Semakan Keputusan Penempatan Murid Ke Tahun 1 Ambilan Sesi 2026 -2027
Berikut dikongsikan maklumat penting untuk ibu bapa atau penjaga dalam membuat Semakan online Keputusan Permohonan Murid Tahun 1 ambilan 2026:-
- Dimaklumkan keputusan penempatan Tahun 1/ PPKI bagi sesi persekolahan 2026/2027 boleh disemak mulai 1 Ogos 2025 (Jumaat) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe)
- Rayuan hanya boleh di buat melalui sistem idme di mana rayuan akan dibuka bermula 1 Ogos 2025 sehingga 31 Ogos 2025. Sila login ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk rayuan
- Semakan keputusan rayuan mulai sistem idme mulai bulan Oktober atau November 2025
Cara Semak Secara Online/ Atas Talian
Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login
Tindakan Pihak Ibu Bapa
Tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak adalah seperti berikut :-
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu Bapa diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan atau menghubungi pihak sekolah yang diluluskan penempatan mulai 01/08/2025 hingga 11/01/2026
- Kerjasama tuan/puan adalah diperlukan untuk mematuhi tarikh pengesahan tersebut.
- Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak tuan/ puan atau menyebabkan penempatan anak dibatalkan.
- Sila pastikan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid asal dengan Nombor Sijil Kelahiran/ Mykid di dalam surat kelulusan ini adalah betul.
- lbu bapa penjaga diminta untuk menyimpan surat tawaran bagi rujukan di masa hadapan.
- Sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan penawaran penempatan ini dan ingin memohon pertukaran sekolah, tuan/puan hendaklah membuat rayuan secara dalam talian. Tarikh akhir rayuan adalah pada 31/08/2025.
Permohonan Rayuan Penempatan Tahun 1
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan bermula dari tarikh 1 Ogos hingga 31 Ogos 2025 (Secara online).
Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
Nota
Sekiranya rayuan TIDAK BERJAYA – ibu bapa penjaga perlu sahkan penempatan yang telah diberi sebelum ini. Sekiranya rayuan BERJAYA – ibu bapa perlu sahkan penerimaan sekolah berdasarkan kelulusan rayuan tersebut
Permohonan pindah sekolah dalam daerah mulai minggu ke-2 sesi persekolahan baharu (guna borang PUA275)
Permohonan pindah sekolah antara daerah/antara negeri boleh mohon RESET melalui PPDHL.
Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak bersetuju dengan penempatan yang dipaparkan, mereka boleh membuat rayuan.
TINDAKAN SEKOLAH
MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
Selamat membuat semakan dan semoga anak anda berjaya dalam penempatan ke Tahun 1 ambilan 2026. Moga pendaftaran anak anda berjaya.
mulai 1 hingga 31 oktober 2024, maklumat lanjut, tarikh 1 hingga 31 oktober 2024, semakan keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa penjaga untuk kegunaan semasa, cara semakan penempatan dan tiada proses rayuan manual,