Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026 & Semakan Tawaran. Tarikh semakan dan applikasi semakan e-SSeM? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan dan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ambilan tahun 2026 meliputi tarikh permohonan, semakan sesi serlahan dan semakan keputusan tawaran Tingkatan 1 (Satu).
Berdasarkan kepada tarikh tahun sebelumnya, permohonan akan dibuka sekitar bulan Julai dan semakan tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 dijangka boleh dibuat sekitar Januari atau Februari. Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan maklumat tarikh rasmi semakan.
Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) & Semakan Keputusan Tawaran Ambilan Tahun 2026 Online
Pengambilan murid ke Sekolah Seni Malaysia di seluruh Malaysia dilaksanakan setiap tahun melibatkan murid Tingkatan Satu yang akan ditempatkan di empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia dan satu (1) buah sekolah menengah yang menawarkan Program Pendidikan Seni.
Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:
- Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai
- Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching
- Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L
- Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara
Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
- SMK Elopura, Sandakan, Sabah
Tempoh Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026
Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, tarikh penting permohonan buat panduan pelajar dan ibu bapa yang berminat adalah seperti berikut :-
- Tarikh Buka : 15 Julai 2025
- Tarikh Tutup : 15 September 2025
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian atau online di pautan berikut:-
- Klik e-SSeM
Pemohon boleh merujuk kepada dokumen berikut untuk panduan semasa memohon :-
Sebelum memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-
Syarat Kelayakan Memohon
Berikut adalah syarat permohonan eSSEM 2026 :-
- Warganegara Malaysia
- Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
- Sihat tubuh badan
- Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses
Syarat Kemasukan SSeM
- Lulus Uji Bakat
- Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
- Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
- Mengemukakan rekod kesihatan murid
- Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan
Bidang Kesenian Yang Ditawarkan & Subjek Mata Pelajaran
Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Muzik
- Tarian
- Teater / Seni Lakonan
- Seni Visual
Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
- Pendidikan Kesenian – seni muzik
- Pendidikan Kesenian – seni tari
- Pendidikan Kesenian – seni teater
- Pendidikan Kesenian – seni visual
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :-
Teras:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik Moden
- Sains
- Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Elektif Kesenian
- Muzik
- Tari
- Teater
- Seni Halus
- Komunikasi Visual
- Reka Bentuk
Elektif Kemanusiaan
- Prinsip Akaun
- Perdagangan
- Kesusasteraan Melayu
Semakan Tawaran Kemasukan Ke SSeM
Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat adalah merupakan salah satu syarat kemasukan sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni Malaysia. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka pada bulan Julai 2025.
Untuk panduan pemohon, Semakan Sesi Serlahan Seni & Tawaran Kemasukan Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2026 boleh disemak seperti berikut :-
- Akan dikemaskini
Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan Januari / Februari 2026 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan)
* Tarikh RASMI selepas pengumuman rasmi dari KPM
- Applikasi Semakan : Sila klik essem
- Tarikh Semakan TERKINI : SEMAKAN KEPUTUSAN AMBILAN TIGA (3) KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2025 BOLEH DIBUAT MULAI 28 MEI 2025 (RABU) HINGGA 9 JUN 2025 (ISNIN).
Pada sistem permohonan atas talian (online), sekiranya permohonan anda diterima,
- a. klik butang “TERIMA” sebagai pengesahan penerimaan;
- b. klik butang “CETAK” untuk mendapatkan surat tawaran, borang-borang berkaitan dan senarai keperluan pendaftaran.
Rayuan Kemasukan Murid
Untuk mereka yang gagal mendapat tawaran, rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi.
Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my. Dan keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni. Ianya boleh disemak secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.
Hal Ehwal Murid
Berikut adalah soalan lazim berkaitan “Hal Ehwal Murid” :-
1. Saya telah berhubung dengan pihak Sekolah Seni Malaysia Johor dan dimaklumkan ada kekosongan di sana. Bolehkah saya daftarkan anak saya di sekolah tersebut?
Tidak. Penempatan murid di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, dibuat oleh pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian dengan kelulusan Pengarah.
2. Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, berpeluang menerima mana-mana biasiswa atau bantuan kewangan?
Murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, yang layak, berpeluang menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM) atau lain-lain bentuk bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mahupun pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO).
3. Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh pergi ke kelas tambahan kesenian di luar sekolah?
Tidak. Kebenaran ke kelas tambahan kesenian bergantung kepada pertimbangan dan kelulusan Pengetua.
4. Adakah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni boleh melibatkan diri dengan program atau aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar atau Kementerian lain?
Murid boleh melibatkan diri dalam program atau aktiviti yang dianjurkan oleh agensi luar atau Kementerian lain dengan kebenaran Pengetua.
5. Bolehkah murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni memohon berpindah keluar sekolah pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian (Tingkatan 1– 5)?
Boleh, namun tidak digalakkan.
6. Bagaimanakah cara permohonan berpindah keluar sekolah dibuat?
Ibu bapa atau penjaga perlu mengemukakan surat permohonan pertukaran sekolah kepada Pengetua.
7. Bolehkah murid-murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni berpindah ke sekolah seni yang lain?
Tidak boleh.
8. Bolehkah murid-murid Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni pulang ke rumah setiap minggu?
Tidak boleh. Murid-murid hanya dibenarkan pulang bermalam di rumah hanya sekali dalam sebulan.
Maklumat Lanjut (Cara Hubungi)
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
- No tel pertanyaan : 03-8872 1616 / 03-8884 1012 atau emel ke mohonssem@moe.gov.my
Atau emelkan pertanyaan ke :
- Email : mohonssem@moe.gov.my
Selamat membuat Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) dan semakan keputusan tawaran secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSM) 2026 nanti.
Rel : tingkatan 1 sekolah seni, kemasukan ke sekolah seni malaysia ssem 2025, seni malaysia 2025 online, lulus dalam tempoh dua 2 minggu selepas keputusan tawaran ke sekolah seni malaysia ssem 2025, rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua 2 minggu selepas keputusan tawaran ke sekolah seni malaysia ssem 2025,